Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Gambar Pelawak Bersama Wanita...

SATU gambar kumpulan pelawak penghibur kanak-kanak yang dikenali sebagai Chuckle Brothers bersama-sama dengan...

RUU Akses Sumber Biologi...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang berkenaan Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah...

Graduan Perlu Ada Kemahiran...

ARAU - Selain mempunyai kelulusan cemerlang, graduan harus menyiapkan diri dengan kemahiran yang...

Konsert Rapatkan Saf Jendela...

1. Sejarah perlu selalu dicipta terutama dalam soal menyatukan ummah. Kita tidak boleh...

Ringgit Lemah, Caj Hotel Di KL Ke-14 Termurah Di Dunia

Pemandangan panorama pencakar langit menghiasi pusat bandar raya Singapura dari arah laut. – Gambar hiasan

SINGAPURA – Kejatuhan kecil matawang ringgit berbanding dollar Singapura yang sengaja diperbesar-besarkan media republik ini sejak bulan lalu akhirnya ‘memakan diri’ apabila hotel-hotel di pulau itu semalam disenaraikan di tempat ke-37 paling mahal di dunia.

Sebaliknya caj penginapan di Kuala Lumpur berada jauh pada kedudukan ke-137 daripada 150 buah bandar raya disenaraikan untuk kadar hotel paling mahal di dunia, menurut hasil kajian GoEuro.com, laman web pengembaraan ternama yang berpusat di Berlin, Jerman.

Ini bermakna secara congak mudah matematik, Kuala Lumpur di kedudukan ke-14 paling murah di dunia dengan purata caj hotel ialah AS$43 (RM150) semalam berbanding pukul rata kemudahan penginapan pelancong di Singapura pula mencecah AS$94 (RM328).

Statistik laman berpengaruh itu menunjukkan untuk sepanjang tahun 2014, hotel di New York, Amerika Syarikat berada di tempat paling mahal di dunia iaitu purata AS$246 (RM858) semalam manakala ibu kota Albania, Tirana paling murah iaitu AS$32 (RM112).

Indeks harga itu meliputi 150 buah kota raya dengan membabitkan 60,000 buah hartanah penginapan daripada hotel mewah taraf lima bintang sehingga bajet satu bintang dan hostel murah sebagai panduan kos rujukan kepada pelawat perniagaan atau pelancong.


Di peringkat benua Asia, hotel-hotel paling mahal direkodkan di Macau, China; juga tempat ke-3 di dunia, dengan caj AS$168 (RM586) diikuti Dubai, UAE; ke-8 di dunia, dengan AS$142 (RM495) dan ketiga Hong Kong, China; ke-15 di dunia, iaitu AS$125 (RM436).

Uniknya kali ini, ibu negara Jepun, Tokyo yang sering dimomok sebagai antara kota paling mahal didiami, sebaliknya caj hotel di situ berada di tempat ke-38 paling tinggi di dunia iaitu AS$93 (RM324) dan kedudukan itu hanya satu tangga di belakang Singapura.

10 tempat tercorot paling murah selain Tirana, disusuli Hammamet, Tunisia; Sofia, Bulgaria; Kaherah, Mesir; Antalya, Turki; Bangkok, Thailand; Bucharest, Romania; Warsaw, Poland; Belgrade, Serbia; Shanghai, China; Kiev, Ukraine dan Mexico City, Mexico. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori