Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Liga Super: Nidzam Adha...

DILEMA hilang satu, dapat satu. Itu yang dialami ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam...

Pekerja Lelaki Pakai ‘Coli’,...

SEBUAH syarikat coli terkemuka dari Belgium, PrimaDonna telah memperkenalkan satu langkah untuk meningkatkan...

Janji Menggunung Imran Khan...

IMRAN KHAN yang sudah dilantik sebagai perdana menteri Pakistan yang baharu, membawa satu...

‘Jangan Banding Gaun Saya...

BARU-BARU ini, gaun perkahwinan pelakon Anzalna Nasir telah memenangi undian tertinggi apabila dibandingkan...

Hotel YT Midtown Peruntuk RM5 Juta Bagi Pengubahsuaian

KUALA TERENGGANU – Hotel YT Midtown memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM5 juta bagi menaik taraf kesemua 141 biliknya bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

Pengurusnya Nik Roselin Nik Md Nawi berkata hotel itu menerima kunjungan kira-kira 80 peratus pelanggan pada hari biasa manakala bagi hari cuti hujung minggu atau cuti penggal persekolahan ia meningkat kepada 100 peratus.

Beliau berkata sepanjang tempoh promosi Okt hingga Dis sempena pengubahsuaian hotel berkenaan, ia menawarkan penginapan harga serendah RM77 bagi satu malam.

“Semua bilik hotel kami dilengkapi dengan sistem peti ais mini, alat kawal jauh, TV LCD, sistem internet percuma, telefon IDO, vision 4 dan saluran Astro untuk memberi kemudahan kepada pelanggan dan paling istimewa sebuah bilik khas untuk orang kelainan upaya (OKU),” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di hotel itu, malam tadi.

Nik Roselin berkata pihak pengurusan juga merancang untuk mewujudkan dua bilik spa berasingan bagi wanita dan lelaki yang dijangka bermula Jan depan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hotel

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori