Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Malaysia Sedia Beri Tentangan...

KUALA LUMPUR – Malaysia berazam memberikan tentangan sengit apabila turun menentang pasukan ranking...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengekalkan sabitan bersalah terhadap bekas Menteri Besar...

RM20,000 Peruntukan Segera Untuk...

DUNGUN - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu...

Zamarul, Diana Pilih Nama...

PASANGAN bahagia, Zamarul Hisham dan Diana Rafar memilih nama Kayla Reysha untuk anak...

Hubungan Dingin, Sara Ali Kata Fazura Bukan Tuhan!

Nampaknya pelakon Sara Ali tidak mahu berdiam diri apabila peminat mula mempersoalkan mengenai hubungan persahabatannya yang semakin renggang dengan Fazura.

Sebelum ini, Fazura telah membuat pendedahan itu menerusi program realitinya, Facing Up To Fazura.

fazura

Menurutnya, mereka pernah berjanji untuk bertemu selepas Sara pulang dari menjalani penggambaran di Bosnia Herzegovena.

“Dalam perbualan itu, kami baik-baik saja. Kami juga mengakui merindui antara satu sama lain.

“Namun, tiba tarikh 17 November itu, tiada khabar berita daripada Sara hinggalah sekarang. Bahkan terdengar pula cerita baru kononnya saya banyak buat salah dengan dia walhal sebelum ini dia mengaku buat salah dengan saya,” katanya menerusi Harian Metro.

(BACA: Fazura Tak Berniat Dedah Hubungan Dingin Dengan Sara Ali)

Justeru, menerusi akaun Instagram, Sara Ali telah menjawab salah satu komen pengikutnya yang menyatakan program tersebut boleh menyebabkan orang luar percaya akan perkara yang tidak benar.

Katanya, “Lantak dia. Dia bukan Tuhan. Apa yang kita nak takut.”


Hubungan Dingin, Sara Ali Kata Fazura Bukan Tuhan!

(Kredit: Murai.com)

Alahai, apa sudah jadi sebenarnya ni?

Jika benar hubungan mereka bermasalah, harapnya kedua-dua mereka mengambil inisiatif untuk bersemuka dan meluahkan apa yang terbuku di hati masing-masing.

Sayang sekali jika persahabatan yang pernah terbina baik putus begitu sahaja, tak gitu? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA

(Sumber: Murai.com)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori