Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

3 Bulan Di Hospital...

DUNGUN - Setelah menerima rawatan selama tiga bulan di 'hospital penyu', Puteri Tioman...

Dr Zulkifli Beri Semangat...

SHAH ALAM - "Apa juga ujian ALLAH itu, kita perlu sabar dan tabah....

Berani Buat Berani Tanggung!

KUALA LUMPUR - Mereka yang terperangkap di kampung sewaktu musim perayaan ini akibat...

Hafizh Bermula Garang Di...

KUALA LUMPUR - Pelumba hasil daripada program Pembangunan Bakat Petronas, Hafizh Syahrin Abdullah...

Hutang Isi Rumah Meningkat Pada Kadar Perlahan

KUALA LUMPUR – Jumlah hutang isi rumah merekodkan pertumbuhan tahunan yang lebih perlahan iaitu 10.4 peratus pada akhir September 2014 berbanding 13.8 peratus pada tahun 2012, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sebahagian besar hutang isi rumah, iaitu kira-kira 60 peratus adalah untuk tujuan pengumpulan aset dan kekayaan, yang meliputi 45 peratus pinjaman perumahan, lapan peratus bagi harta tanah bukan kediaman serta tujuh peratus bagi pelaburan dalam ekuiti dan dana amanah.

“Sejajar dengan tahap pendapatan rakyat yang semakin meningkat berikutan prestasi ekonomi negara yang terus berkembang dan proses pembandaran pesat, permintaan untuk pembelian harta kediaman dan kenderaan dijangka kekal tinggi beberapa tahun akan datang.

“Berkeyakinan dengan keupayaan untuk membayar balik pinjaman, seperti dicerminkan tahap pinjaman tidak berbayar yang rendah serta pemilikan aset yang harganya lebih tinggi pada masa akan datang, isi rumah mempunyai keupayaan untuk membeli aset melalui pinjaman,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini .

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong yang ingin tahu adakah kerajaan membuat kajian mengenai tahap kecenderungan hutang isi rumah di negara ini berbanding negara Asia Tenggara.


Selain itu, Ahmad berkata tahap keberhutangan isi rumah di Malaysia daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir September lepas adalah sebanyak 87.1 peratus.

Beliau berkata, paras itu lebih tinggi berbanding negara serantau seperti Thailand (82.3 peratus) dan Singapura (75 peratus), antaranya disebabkan oleh umur median penduduk Malaysia yang lebih muda membolehkan mereka membeli aset melalui pinjaman.

“Keadaan ini antaranya disebabkan oleh penduduk Malaysia yang lebih muda iaitu umur median 27.7 tahun, berbanding negara serantau iaitu 33.8 tahun bagi penduduk Singapura, Thailand (36.2 tahun), Indonesia (29.2 tahun), Korea Selatan (40.2 tahun) dan Taiwan (39.2 tahun),” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori