Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Taska Permata Bonda Tiada...

KUALA LUMPUR - Taska Permata Bonda di Presint 11, Putrajaya tiada kaitan dengan...

Pakar Ilmu Tafsir, Imam...

IMAM Masjid Nabawi, Sheikh Muhammad Ayyub, 63, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 7 pagi (waktu...

Penganggur Sorok Uncang Dadah...

DUNGUN - Seorang individu didapati menyorok sejumlah dadah yang bernilai RM7,050 di dalam...

2 Wanita Malaysia Dicekup...

KUALA LUMPUR - Dua wanita warga Malaysia ditahan Jabatan Polis Metropolitan dan Kastam...

Ibu Pejabat Polis London Dijual RM2 Bilion Jadi Apartmen Mewah

Bangunan ibu pejabat polis Metropolitan London yang lebih dikenali sebagai New Scotland Yard. – Gambar hiasan

LONDON – New Scotland Yard di sini yang merupakan ibu pejabat polis London telah dijual kepada sebuah firma pelaburan ternama Asia Barat pada harga £370 juta (RM2.03 bilion) dan bakal diruntuh untuk dibangun menjadi beberapa blok apartmen mewah.

Bangunan terkenal di Broadway daerah Victoria menempatkan polis Metropolitan London sejak 1960 dibeli oleh Abu Dhabi Financial Group (ADFG) lebih £120 juta (RM658 juta) daripada harga tawaran asal diminta pasukan polis kebangsaan United Kingdom itu.

Hasil penjualan bangunan di kawasan seluas 0.7 hektar tersebut, ibu pejabat polis akan berpindah ke bangunan baharu lebih kecil, Curtis Green di kawasan Victoria Embankment yang sebenarnya sudah lama siap sejak akhir 2011 tetapi sengaja dibiarkan kosong.

Jurucakap New Scotland Yard berkata, menerusi penjualan itu, polis London dapat berjimat lebih £6 juta (RM33 juta) setahun untuk kos operasi bangunan yang boleh digunakan untuk membeli pelbagai tablet, telefon pintar dan gajet canggih lain bagi tujuan keselamatan.

Bahkan lebihan jualan mampu menampung kos penyelenggaraan bangunan The Black Museum, galeri polis Britain yang mempamerkan pelbagai artifak sejarah dan bukti jenayah berprofil tinggi sejak 1829 termasuk sepucuk surat penjenayah terkenal, Jack the Ripper.


ADFG dalam pada itu berkata, mereka merancang memusnahkan bangunan polis seluas 55,742 meter persegi tersebut kecuali papan tanda ikon tiga dimensi yang memaparkan perkataan New Scotland Yard akan dibawa pindah ke lokasi ibu pejabat baharu polis.

Pejabat Datuk Bandar London berkata, ADFG dipilih daripada 11 firma antarabangsa lain selepas tawaran bidaan dibuka September lalu dan kawasan itu akan dimajukan dengan projek pembinaan bercampur meliputi apartmen, kedai dan pejabat setinggi 70 meter.

Pesuruhjaya polis metropolitan, Sir Bernard Hogan-Howe berkata, langkah itu bakal menyaksikan mereka kembali semula ke tempat asal pasukan tersebut ditubuhkan pada 1875 lalu yang bersambung dengan kompleks polis di Norman Shaw Building. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori