Sebelum ini, ada terdengar laporan bahawa ternakan Ikan Patin di jalan Ipoh-Batu Gajah, Perak diberi makan bangkai babi.
Dalam kejadian itu, ada tulang babi dan kepala babi ditemui di dalam kolam berkenaan apabila kolam itu telah menjadi kering.
Kini, timbul pula cerita sama apabila heboh diperkatakan bangkai babi turut menjadi ‘sajian’ ternakan Ikan Talapia pula juga di Perak.
Cerita kali ini dikatakan berlaku di Bukit Redang Panjang, Selama, Perak.
Seorang pengguna Facebook telah memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan satu objek terapung di tengah-tengah kolam yang didakwanya sebagai bangkai babi.
Jika dilihat dari mata kasar, objek terapung berkenaan memang besar tetapi ditutupi dengan kain hitam bagaimanapun masih belum jelas ia adalah bangkai seekor babi.
Penulis berharap, pihak yang mendedahkan perkara ini eloklah buat laporan segera kepada pihak berkaitan dan janganlah harapkan orang lain tolong panjangkan.
Pihak berkuasa pula diharap segera menjalankan siasatan ke atas perkara ini dengan terperinci ekoran perkara ini boleh menjejaskan kesucian makanan dan ikan yang dikeluarkan dari kolam berkenaan, jika dakwaan itu benar. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ