Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

RON95 Dipurata Sebelum 1...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memuratakan harga pasaran dunia bagi minyak petrol RON95...

Pasar Tani Menjelang Ramadan...

KUALA TERENGGANU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan mengadakan jualan menjelang Ramadan...

Wanita Lepas Geram Pada...

GUANGDONG – Gagah betul wanita ini, kalau tidak masakan dia mampu membongkarkan mesin...

Suami Melecur Lepas Bakar...

KANGAR - Tindakan seorang suami membakar motosikal isterinya mengundang padah apabila anggota badannya...

Imigresen Lancar Asean Gate, Foreigner eGate Di KLIA

SEPANG – Jabatan Imigresen hari ini melancarkan dua laluan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk kemudahan pemegang pasport negara Asean dan satu lagi untuk warga asing dengan visa jangka panjang.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata ‘Asean Lane’ yang dibuka mulai hari ini akan memudahkan dan melancarkan pemeriksaan terhadap pelawat dan peserta yang menghadiri mesyuarat, seminar serta persidangan dari negara-negara Asean yang tidak perlu beratur di laluan pelawat asing biasa.

Terdapat lima Laluan Asean iaitu dua di terminal pelepasan antarabangsa dan tiga lagi di terminal ketibaan antarabangsa manakala di KLIA2 terdapat empat laluan dengan masing-masing dua di terminal pelepasan antarabangsa dan terminal ketibaan antarabangsa, katanya.

Beliau berkata kira-kira 20 peratus pengunjung Malaysia merupakan pemegang pasport Asean.

Kemudahan yang sama akan diperluas di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang menjelang Februari tahun depan, katanya.


Satu lagi laluan khas dinamakan ‘Foreigner eGate’ yang merupakan inisiatif bagi memantapkan lagi prosedur dan pemprosesan kemasukan warga asing di pintu masuk dan keluar Imigresen.

Mustafa berkata laluan ‘Foreigner eGate’ menyediakan kemudahan laluan pantas dan pengambilan biometrik untuk warga asing dengan visa jangka panjang.

“Sebagai permulaan, Foreigner eGate akan dilaksanakan di KLIA dan KLIA2,” katanya, sambil menambah Foreigner eGate di KLIA akan beroperasi mulai 29 Disember manakala di KLIA2 pada Februari tahun depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori