Indonesia dilaporkan meletupkan dua kapal nelayan Vietnam yang kosong Jumaat lepas, kata Tentera Laut Indonesia.
Langkah itu sebagai menghentikan aktiviti penangkapan ikan nelayan asing di dalam perairan negara republik itu.
Ia dilihat sebagai langkah paling tegas diambil oleh negara Indonesia selepas mula ditadbir di bawah Presiden Joko Widodo atau Jokowi.
BACA - Dua Jet Sukhoi Indonesia Pintas Pesawat AustraliaÂÂ
Tindakan itu dilihat sebagai menghalang kerugian berbilion wang Indonesia ekoran penangkapan ikan, memetik laporan AFP.
Tentera Laut Indonesia bekerjasama dengan tiga lagi agensi kerajaan mengkaramkan tiga bot berkenaan di sebuah pulau terpencil di Pulau Anambas yang terletak antara Malaysia dan Indonesia berdekatan kawasan Pulau Borneo.
“Mesej yang kami ingin sampaikan kepada orang asing ialah jangan mencuri hasil dari perairan Indonesia,” kata jurucakap Tentera Laut Manahan Simorangkir.
Jakarta Post melaporkan, bahan letupan diletakkan di badan bot berkenaan sebelum dua lagi kapal kerajaan menembak bot berkenaan dari jarak jauh.
Seramai 33 orang ditahan dan ikan seberat 3 tan yang ditangkap pada bulan lepas turut dirampas daripada bot berkenaan.
Visual di televisyen menunjukkan asap tebal menjulang ke ruang angkasa sebagai bot itu mulai karam. – MYNEWSHUB.CC
Video Sambutan Ulangtahun Ke-69 Angkatan Bersenjata Republik IndonesiaÂÂ
http://youtu.be/A-0lZyoYoTU