Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mom’s Laundrette Ambil Inisiatif...

ALOR SETAR – Dalam usaha memartabatkan semula tulisan jawi, sebuah dobi layan diri...

Tingkat Kemahiran Tenaga Kerja...

BUSAN (Korea Selatan) - Cabaran utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital bukan lagi...

Warga Emas Ditengking Polis...

SEBUAH keluarga yang sedang berteduh di dalam masjid mendapat malu besar apabila diherdik...

Waytha Masuk Hospital Selepas...

KUALA LUMPUR – P. Waytha Moorthy dimasukkan ke hospital di sini pagi tadi...

Indonesia Yakin Pesawat AirAsia Tidak Mengalami Kecelakaan

Pihak berkuasa Indonesia masih yakin bahawa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terputus hubungan komunikasi kini tidak mengalami sebarang kecelakaan.

Ketua Pengarah Kementerian Perhubungan Republik Indonesia (KEMENHUB), Djoko Murjatmodjo berkata jika ada kecelakaan berlaku sudah tentu transmiter pengesan kecemasan (ELT) pesawat itu akan dapat dikesan oleh Agensi Badan Mencari Dan Menyelamat Indonesia (BASARNAS).

“Namun sehingga kini, tiada sebarang isyarat dikesan dan kita mengharapkan kehilangan hubungan komunikasi pesawat ini tidak berlanjutan kepada perkara yang lain,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang di Jakarta sebentar tadi.

MENARIK – Pesawat Air Asia QZ8501 Hilang Dari Radar Pagi Tadi

Djoko memberitahu bahawa sehingga kini BASARNAS sudah dimaklumkan mengenai kehilangan pesawat itu dan gerakan mencari dan menyelamat sudah dijalankan dengan segera ke sekitar perairan Laut Jawa di mana hubungan pesawat itu terputus.

Menurut Djoko juga, jika pun pesawat itu masih lagi terbang bekalan bahan apinya sudah pun habis.

“Pesawat itu berada dalam keadaan yang baik dan disaat ianya terbang bahan minyak pesawat itu cukup untuk perjalanan sejauh 4 jam 30 minit. Walhal, ianya sudah terputus hubungan ketika ia baru sahaja terbang selama kurang daripada 1 jam,” katanya.

Pesawat itu yang bertolak dari Bandara Juanda, Surabaya sekitar jam 5.36 WIB (6.36 pagi waktu Malaysia) bagaimanapun mulai hilang hubungan komunikasi dengan menara kawalan pada jam 6.17 WIB (7.17 waktu Malaysia).


“Tidak sampai satu jam berlepas, pesawat itu sudah hilang komunikasi,” katanya.

“Untuk saat ini kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi apa pun selain daripada pesawat itu hilang komunikasi,” tegas Djoko.

Lokasi terakhir pesawat itu dikesan adalah ketika berada di ruang udara sekitar kawasan Pontianak dan Bangka Belitung.

Namun Djoko belum dapat memastikan lokasi tepat pesawat itu. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori