Satu ketika dahulu, salah seorang anggota kumpulan lawak Cecupak iaitu Pian pernah menggemparkan negara kerana secara terang-terangan mengakui melakukan suntikan kolagen di wajahnya untuk kelihatan lebih menarik.
Alasan yang digunakan ketika itu, dia melakukan transformasi tersebut kerana ingin cari makan!
Selepas itu, Pian membuat pengakuan sudah insaf dan berkata, dia telah membuang semua bahan-bahan terlarang yang dimasukkan di mukanya.
Namun terbaru, menerusi laman Facebook Media Hiburan, pelawak itu seakan-akan lupa kenyataan insafnya dahulu apabila tampil berpakaian wanita, malah wajahnya kelihatan pelik kerana ditempek alat solek tebal!
Gambar tersebut kemudiannya mendapat kritikan hebat daripada ramai pengikut dan pengguna laman sosial. Rata-rata mempertikaikan penampilan ‘feminin’ Pian yang serba tak kena.
Alahai, kesian betul dekat Pian. Baru-baru ini, dia mendakwa mengalami gangguan mental akibat kritikan ramai terhadap anugerah ‘datuk’ yang diterimanya dari puak Naning.
Pian juga pernah dilanda kontroversi pada 2011 apabila mendakwa bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi, namun lamarannya itu kemudian ditolak oleh individu wanita tersebut menerusi akhbar yang menganggap hubungan mereka sekadar kawan.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=AYEGc1pIwu0