Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Salleh Seru Golongan Muda...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Che Ta Raya Sakan,...

WAH... untung sungguhlah insan yang bergelar Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che...

PRU14: Tolak Calon Pindah-Randah,...

KANGAR - Budaya berpindah kerusi yang diamalkan pembangkang adalah perbuatan tidak bertanggungjawab, kata...

TM Melaka Catat 26,320...

ALOR GAJAH - Telekom Malaysia Berhad (TM) mencatatkan bilangan pelanggan perkhidmatan Unifi di...

Insiden Tebusan Di Sydney Perlu Jadi Iktibar – KPN

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan insiden tebusan ditahan dipercayai lelaki bersenjata di tengah Sydney hari ini perlu dijadikan pengajaran buat rakyat negara ini.

Bercakap kepada media selepas perasmian Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden 2014 di Maktab PDRM, Cheras, Khalid juga berkata sebagai persediaan berdepan ancaman seperti itu, polis perlu dilengkapi dengan aset berteknologi tinggi.

“Kita perlukan alat berteknologi tinggi untuk menghadapi ancaman militan, khususnya rakyat kita (dipercayai militan) yang berjuang di luar negara, kemudian balik dan menimbulkan ancaman kepada negara.

“Jadi apa yang berlaku di Sydney itu perlu dijadikan pengajaran. Kita perlu lebih bersedia menghadapi ancaman seperti ini,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.


Dalam kejadian di tengah Sydney itu, beberapa tebusan ditahan dipercayai lelaki bersenjata dalam sebuah kafe dengan bendera terpapar tulisan Arab di tepi tingkap.

Justeru itu, beliau menjelaskan langkah kerajaan memperkenalkan satu undang-undang berkaitan anti keganasan yang mula dibentang di Dewan Rakyat Mac depan, disifatkan satu langkah baik ke arah membebaskan negara daripada ancaman militan.

Dalam pada itu, Zahid pula menegaskan pihaknya sama sekali tidak berkompromi dan mahu individu sama ada rakyat Malaysia dipercayai menjadi anggota militan dan terbabit dalam siri serangan di dalam mahupun luar negara di bawa kemuka keadilan. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori