Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MBSA Laksana Sistem Flexi...

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan 'Flexi Parking' iaitu sistem...

Kebebasan Media: Malaysia Merudum...

Malaysia berada di kedudukan 107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2024 kelolaan Wartawan Tanpa...

Lapor KKR Jika Jalan...

LAWAS - Kementerian Kerja Raya (KKR) menggesa pengguna Lebuhraya Pan Borneo Sarawak membuat...

2 Maut Pesawat Berlanggar...

LANCASTER, NEW YORK - Dua orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila dua pesawat...

Instagram Punyai Lebih Ramai Pengguna Aktif Berbanding Twitter

Instagram secara rasmi mengumumkan, mereka punyai lebih daripada 300 juta pengguna aktif setiap bulan.

Daripada angka tersebut, lebih kurang 70 peratus pengguna terdiri daripada pengguna di luar Amerika Syarikat.

Angka perkongsian juga diumumkan turut meningkat, di mana lebih 70 juta gambar dan video dikongsikan melalui perkhidmatan tersebut setiap hari.

Susulan angka pengguna yang ramai ini, pihak Instagram memperkenalkan sebuah fungsi baru iaitu “Verified Account” untuk selebriti, artis dan mereka yang popular.

Ia merupakan salah satu fungsi yang sedia diperkenalkan pada Facebook dan Twitter bagi memudahkan pengguna mengikuti akaun orang yang asli dan bukan sebaliknya.

Sebuah lencana khas akan diletakkan pada profil Verified Account, yang telah diimplementasikan secara berperingkat.


Pada masa sama, pengumuman Instagram ini sekaligus memperlihatkan mereka kini punyai angka pengguna lebih ramai berbanding Twitter.

Oktober lepas, Twitter mengumumkan data menunjukkan mereka mempunyai lebih kurang 284 juta pengguna aktif setiap bulan.

Sumber: INSTAGRAM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori