Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Serah Semula Kemenangan Selepas...

RATU Cantik United Kingdom, Zoiey Smale, telah menyerahkan semula mahkota kemenangannya itu selepas...

Video: Terbaik! Layanan Pekerja...

SEBUAH video memaparkan layanan pekerja Starbuck kepada seorang pelanggan Orang Kelainan Upaya (OKU)...

Perlu Badan Induk Khas...

KUALA LUMPUR - Sebuah badan induk khas perlu ditubuhkan bagi mengawal keseluruhan perjalanan...

MOJO Ziarah Rumah Orang...

KUMPULAN rock MOJO membuktikan kasih sayang mereka terhadap warga emas apabila menziarahi Pusat Rawatan...

Institusi Perbankan Islam Bantu Pelanggan Terjejas Banjir

KUALA LUMPUR – Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (ABIM) sedia menawarkan kemudahan tertentu bagi membantu pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

ABIM dalam satu kenyataan berkata kemudahan yang disediakan termasuk pengetepian caj bayaran lewat kad kredit, penangguhan bayaran bulanan bagi pembiayaan seperti automotif dan perbankan perniagaan dengan ketetapan tempoh yang bakal dipersetujui dan bergantung kepada setiap bank.

“Ini adalah antara langkah prihatin anggota-anggota ABIM bagi membantu pelanggan yang menjadi mangsa banjir sama ada individu, perniagaan atau Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya.

Setiap pelanggan disaran menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan keterangan lanjut.


Menurut kenyataan itu, ABIM turut mewujudkan dana dengan sumbangan permulaan RM50,000 bagi membantu mangsa banjir dan menyalurkannya kepada badan badan yang diiktiraf.

Anggota persatuan itu merangkumi 11 bank tempatan, empat institusi kewangan pembangunan dan 10 bank yang diperbadankan di Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori