Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Berebut Beli Tudung,...

FENOMENA melampau yang tercetus setiap kali tudung Fareeda memperkenalkan koleksi terbaru mereka bukan...

Kahwin Bawah Umur Jurus...

KUALA LUMPUR - Sebarang langkah bagi mengekang perkahwinan melibatkan gadis bawah umur adalah...

Ibu Dan Dua Anak...

Nilai: Seorang wanita bersama dua anaknya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas...

6 Kriteria WHO Sebelum...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memastikan enam kriteria yang digariskan Pertubuhan...

Intan Janji Macam-Macam Sebelum Putus – Kamal Adli

Kamal Adli mendedahkan, seminggu sebelum berpisah, mantan kekasihnya, Intan Ladyana banyak melafazkan janji terhadap hubungan mereka.

Ujar Kamal kepada akhbar Sinar Harian, “Seminggu sebelum putus, Intan banyak janji dengan saya. Antaranya janji susah senang sama-sama dan jika dia mati, jangan kahwin dengan orang lain.”

Kamal juga menambah, dia patah hati saat mengetahui Intan telah menemui penggantinya setelah beberapa bulan perpisahan mereka.

kamal

Bukan saya tak cuba dapatkan dia semula, namun dia tetap dengan pendirian itu. Mungkin salah saya juga sebab lambat tapi, saya mahu kumpul duit dahulu. Malah, saya ada perancangan untuk mengahwininya tahun ini.


Selepas hubungan kami berakhir, sebulan saya tidak ambil sebarang tawaran kerja kerana merasakan ianya tidak perlu lagi. Selama ini saya kuat bekerja kerana nak kumpul duit mengahwininya.”

Pelakon drama bersiri Antidot itu juga berkata, dia sanggup bertungkus lumus sepanjang enam tahun bersama, termasuk membeli rumah, namun segalanya kini tidak bermakna lagi.

Orang cakap, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti dan kalau ada jodoh, pasti tak kemana. Sabar ya, Kamal! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori