Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dua Surau Di Jasin...

JASIN - Dua surau di Serkam, di sini, dicampak ketulan daging dipercayai daging...

Genting Nafi Dakwaan Tali...

KUALA LUMPUR - Genting Malaysia Berhad menafikan dakwaan konon berlaku kejadian tali kereta...

Pastinya Alexis Sanchez Sebenarnya...

JOSE Mourinho menegaskan bahawa beliau tidak pernah meragui Alexis Sanchez sebagai pilihan yang...

700 Juta Batang Rokok...

PASIR PUTEH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas kira-kira 700 juta batang...

Internet Malaysia Ke-3 Paling Selamat Di Dunia

PENGGUNA siber di Malaysia sewajarnya berasa bersyukur kerana tanpa disedari ramai pihak, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) baru-baru ini meletakkan tahap keselamatan internet negara kita pada tempat ketiga sebagai paling selamat di dunia.

Malaysia berkongsi kedudukan yang sama dengan Australia dan Oman dalam senarai Indeks Keselamatan Siber Global (GCI) untuk sepanjang tahun 2014 yang dikeluarkan semasa sambutan Hari Telekom Sedunia ITU di Doha, Qatar dari 7 hingga 10 Disember lalu.

Sambutan tahunan itu yang dihadiri 3,500 peserta selain 205 pakar telekomunikasi menerusi 51 sesi forum itu mengesahkan laman internet Amerika Syarikat (AS) berada pada tempat pertama paling selamat di dunia diikuti tempat kedua, jiran utaranya iaitu Kanada.

Kedudukan Malaysia malah lebih baik berbanding jirannya, Singapura yang meskipun kadar penembusan internet republik pulau tersebut berjaya mencecah hampir 100 peratus tetapi ia berada di tangga ke-6 bersama-sama dengan Austria, Hungary, Israel dan Belanda.

Tahap keselamatan internet Singapura rupa-rupanya berada di belakang negara-negara tempat ke-4 iaitu New Zealand dan Norway serta kumpulan negara tempat ke-5 yang dikongsi bersama Brazil, Estonia, Jerman, India, Jepun, Korea Selatan dan United Kingdom.


Di peringkat rantau Asia tenggara, Indonesia berada di tangga ke-13 disusuli pula Thailand (ke-15), Brunei dan Myanmar (ke-16), Filipina (ke-17), Vietnam (ke-18), Kemboja (ke-25) dan Laos (ke-27) daripada senarai indeks 193 buah negara dari serata dunia itu.

Tahap keselamatan siber sesebuah negara menurut standard ITU dinilai berdasarkan kepada kriteria ukuran perundangan, keupayaan teknikal, institusi penguatkuasaan, kapasiti pertahanan dan pembangunan kerjasama antara pelbagai organisasi.

Justeru ITU meletakkan antaranya Turki dan Sweden (ke-7), Mesir dan Perancis (ke-9), China dan Sudan (ke-14), Afrika Selatan (ke-16), Switzerland (ke-17), Arab Saudi dan Bangladesh (ke-19), Serbia (ke-20), Palestin (ke-24) serta Nepal (ke-25).

Indeks itu juga menyenaraikan tangga terakhir iaitu ke-29 meliputi kumpulan negara paling teruk keselamatan siber: Republik Afrika Tengah, Korea Utara, Equatorial Guinea, Honduras, Lesotho, Marshall Islands, Namibia, Saint Vincent dan Timor Leste. – Agensi

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori