Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lebih Banyak Kampung Terpencil...

KUCHING - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Akademi Sains Malaysia (ASM)...

Modal MLM Punya Pasal…Peniaga...

Kami yakin anda biasa melihat dialog seumpama di atas  apabila melibatkan perniagaan multi-level marketing...

Madu Tualang Di Tasik...

KUALA NERANG - Madu tualang antara madu terbaik di dunia dan tidak asing...

Ajis Sitin Lakar Sejarah...

BERA - Ajis Sitin, Orang Asli dari Kuala Koyan, Kuala Lipis melakar sejarah...

INTERPOL Keluarkan Waran Tangkap Yusuf Al-Qaradawi

Polis Antarabangsa (INTERPOL) telah mengeluarkan amaran tahap merah sejak awal bulan ini untuk memberkas ulama terkenal Mesir Sheikh Yusuf Al-Qaradawi.

Qaradawi ketika ini merupakan Ketua Kesatuan Ulama Islam dan penyokong seumur hidup Ikhwanul Muslimin di negara itu.

MENARIK – Mesir Haramkan Kumpulan Pendesak Pro-Morsi

Menurut INTERPOL, ulama yang berasal dari Qatar itu dikehendaki oleh pihak berkuasa Mesir untuk menghadapi dakwaan di mahkamah.

Petikan skrin laman web INTERPOL
Petikan skrin laman web INTERPOL

Ulama terkenal dunia Islam itu dikatakan didakwa menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara serta aktviti vandalisme dan kecurian.

Pendakwaraya Mesir Jeneral Hisham Barakat memohon pihak INTERPOL menahan Qaradawi dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Mesir pada Disember tahun lepas.

Ilmuwan Islam itu yang sudah berusia 88 tahun, didakwa bersama-sama bekas Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Mursi serta 129 lagi individu lain bertanggungjawab ke atas kejadian melarikan diri dari penjara beramai-ramai.

Kejadian itu dikatakan turut dibantu oleh pergerakan Hamas dan Hisbullah ketika tahun 2011 ketika bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak digulingkan.

Sebelum ini, Qaradawi dikatakan ada menggesa rakyat Mesir untuk memulaukan keputusan Pilihan Raya Presiden Mei lepas yang menyaksikan bekas Jeneral tentera Abdel Fattah al-Sisi menang.

Jika dilihat rekod Qaradawi, beliau pernah dilucutkan kerakyatannya oleh bekas Presiden sebelum ini Gamal Abdel Nasser, ditangkap di bawah pemerintahan Raja Farouk pada 1949 dan kemudian oleh Nasser pada 1956 dan 1963 sebelum pergi ke Qatar.

Beliau memiliki kerakyatan Qatar pada 1970.


Di Malaysia, pelbagai pihak tampil menyuarakan bantahan kepada langkah INTERPOL itu untuk memburu Qaradawi.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah membantah sekeras-kerasnya tindakan itu melalui laman sosial Twitternya.

SaifuddinBantah_1

Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut sependapat dengan Saifuddin dan mendakwa INTERPOL telah bersekongkol dengan sekutu mereka Mesir untuk memburu ulama itu.

IzzahBantah_1

“Saya protes dan mengutuk sekeras-kerasnya pengeluaran waran tangkap Interpol buat Mesir sekutu AS untuk menangkap Sheikh Yusuf Qaradawi,” katanya yang dimuat naik di akaun Facebooknya, hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Yusuf Al-Qaradawi Pada 2011

http://youtu.be/BILrge3HDlU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori