Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Aksi Bergayut Bawa Padah...

NGERI dan menyakitkan. Itulah yang dapat dizahirkan apabila menonton video yang dimuat naik...

Kurangkan Risiko Diabetes Melalui...

KUALA LUMPUR - Gaya hidup sihat dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes atau kencing...

Norish Mula Berhijab Sebagai...

ANGGUN... Tampil dengan imej berhijab, pelakon, Norish Karman menganggap keputusannya itu sebagai hadiah...

“Mak Bapak Saya OKU...

GAMBAR seorang pemilik kereta jenis Perodua Myvi yang meletakkan pada petak parkir khas...

Israel Lancar Serangan Udara Terbaharu Ke Atas Gaza

BAITULMAQDIS – Tentera Israel berkata pihaknya melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza, serangan pertama dan terbaharu ke atas wilayah Palestin itu sejak konflik selama 50 hari, Ogos lalu.

Serangan udara pada awal pagi tadi itu mensasarkan apa yang dikatakan tentera Israel sebagai lokasi prasarana yang digunakan oleh militan Hamas di selatan Semenanjung Gaza.

Israel mendakwa serangan itu susulan serangan roket dari Gaza ke selatan Israel, semalam.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan roket berkenaan.

Penduduk dilaporkan berkata mereka mendengar dua letupan di Wilayah Khan Yunis di Gaza, yang mensasarkan tempat latihan untuk pejuang Palestin.


Tiada laporan segera mengenai kecederaan dalam serangan itu.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza berkata, setakat ini tiada penduduk yang cedera dalam serangan pertama Israel ke atas Palestin sejak gencatan senjata pada 26 Ogos lalu yang diusahakan Mesir bagi menamatkan perang selama 50 hari antara kedua-dua pihak.

Konflik selama 50 itu menyebabkan lebih 2,140 penduduk Palestin dan 73 penduduk Israel yang kebanyakannya anggota tentera, terbunuh. – AP/AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori