Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Toyol’ Masjid Diburu Di...

‘TOYOL’ masjid yang giat mencuri barangan berharga milik jemaah dan masjid ketika solat...

Militan IS Mara Ke...

DAMSYIK - Kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria semakin menghampiri bandar Kobane...

‘Alhamdulillah, Kerajaan Pusat Bantu...

Kerajaan Kelantan mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 untuk...

Panda Fotogenik Bijak Swafoto...

SEEKOR anak panda berusia setahun tiba-tiba menjadi sensasi menerusi laman sosial gara-gara fotonya...

Ganas!! Isteri Didakwa Pukul Suami Orang Kelainan Upaya

JARANG-jarang sekali kita mendengar kes isteri memukul suami, tak seperti kes suami memukul isteri yang sering didedahkan di media-media massa.

Tapi berlainan pula yang berlaku di Kota Bharu, Kelantan ini apabila seorang isteri telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan memukul suaminya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Noor Ashiqin Azmi, 25, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada suaminya, Mohd Bazely Mohamed Amin, 27, di Flat Hijau, Bandar Baru Kubang Kerian pada jam 12 tengah malam, 5 November lalu.

Mohd Bazely dipukul dengan penyangkut baju plastik oleh wanita terbabit sehingga cedera di lengan dan beberapa anggota badan lain.

Memetik laporan Sinar Harian, adik Mohd Bazely, Nur Hidayah Mohd Amin, 25, yang menyedari kecederaan itu telah tampil membuat laporan polis berhubung insiden terbabit.


Mohd Bazely merupakan suami perkahwinan kedua Noor Ashiqin yang memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulunya, manakal dengan mangsa, mereka belum dikurniakan zuriat.

Kes tersebut akan didengar semula pada 13 Januari depan dan tertuduh telah dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO SUAMI PUKUL ISTERI DALAM LIF DEPAN ANAK-ANAK 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori