Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Peserta Terbaik...

KUALA BERANG - Berkat usaha yang tidak jemu menambah pengetahuan terhadap perusahaan madu...

Covid-19 Beri Impak Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Masyarakat di Malaysia tidak terkecuali daripada menerima impak kesihatan mental...

K’jaan Cuma Peruntuk RM9.3...

KUALA LUMPUR - Dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan tidak memberi keutamaan kepada bantuan bencana...

Gabungan PAS-UMNO Resipi Terbaik...

ALOR SETAR - PAS Kedah menyokong sepenuhnya gambaran awal Presiden PAS, Datuk Seri...

Isteri Merana Kekasih Gelap Warisi KWSP Mendiang Suami

MEMANG sedih mengenangkan nasib seorang ibu tunggal yang telah kematian suami ni.

Disangkakannya setelah kematian suami, dapatlah dia menuntut wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai pewaris.

Namun, sebaliknya berlaku apabila nama waris yang tertera adalah individu lain yang merupakan kekasih gelap suaminya.

Memetik laporan Sinar Harian, M Tamil Selvee, 48, dari Taman Kesang Damai, Jasin, berkata dia hanya menyedari perkara itu ketika tampil ke pejabat KWSP Cawangan Jasin, Julai lalu.

Alangkah terkejutnya dia apabila pegawai bertugas menjelaskan suaminya telah menukar nama waris kepada wanita berkenaan.

“Saya memang tahu hubungan suami, tetapi apa boleh buat, sebagai isteri saya kena patuh padanya. Tetapi saya tidak sangka dia (suami) tergamak sehingga sanggup menukar nama waris KWSP miliknya kepada wanita itu.


“Saya puas merayu kepada wanita itu supaya memberikan sebahagian wang itu untuk keperluan keluarga saya tetapi dia langsung tidak mengendahkannya,” katanya.

Suami Tamil Selvee, mendiang K Chellamanickam, seorang pemandu jentolak, meninggal dunia Julai lalu selepas kemalangan di tempat kerja.

Selvee yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah kuil memperoleh pendapatan RM322 sebulan dan mengakui mengenali wanita terbabit yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan mendiang suaminya. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO BERKAITAN SINDIKET PENGELUARAN WANG KWSP MEMBIMBANGKAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori