Sepanyol – Gara-gara dikutuk dan diejek oleh peminat suaminya kerana berwajah hodoh, isteri kepada bintang bola sepak Real Madrid, James Rodriguez iaitu Daniela Ospina akhirnya memilih pembedahan plastik untuk mengubah wajahnya itu.
Daniela yang juga adik kepada penjaga gol Arsenal, David Ospina, dikecam peminat suaminya selepas dia bergambar dengan Rodriguez di atas pentas.
Ketika itu Rodriguez menandatangani kontrak untuk beraksi dengan kelab berkenaan.
Selepas gambar itu tersebar melalui internat, Daniela digelar hodoh oleh mereka yang tidak berhati perut, meskipun wajah asalnya kelihatan cantik.
Susulan itu dia memutuskan untuk melakukan pembedahan plastik bagi menukar penampilannya, berserta dengan solekan.
Wajahnya kini agak berbeza berbanding dahulu.