Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Cari Pelanggan, Warga Bangladesh...

KUALA LUMPUR - Seorang buruh warga Bangladesh didenda RM2,200 atau penjara tiga bulan...

PERMAI: Kerajaan Salur RM200...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal sebanyak RM200 juta bagi membantu...

Singapura Pamerkan Batu Permata...

SINGAPURA - Pernahkah anda melihat sebiji batu nilam nadir yang berharga sekitar RM42...

Lagi Kes Ibu Bawa...

KUANTAN - Kerana tidak mampu bayar bil Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), seorang...

Isu Kalimah ALLAH Boleh Timbulkan Ketegangan

PUTRAJAYA – Kecenderungan masyarakat termasuk ahli-ahli politik kebelakangan ini membicarakan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Sebagai warganegara Malaysia yang diberikan kebebasan mengamalkan agama masing-masing, tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghina agama Islam yang merupakan agama Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jamil Khir berkata kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini mendakwa fatwa melarang penggunaan nama Allah tidak terpakai kepada bukan Islam di Pulau Pinang juga amat mengelirukan.

Beliau berkata perlembagaan negeri telah menentukan ia adalah bidang kuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang bertanggungjawab terus kepada Yang di-Pertuan Agong.

Jamil Khir berkata fatwa yang melarang masyarakat bukan Islam menggunakan nama Allah kepada sembahan mereka dikeluarkan menerusi proses undang-undang.


“Oleh kerana undang-undang yang dipakai untuk mengeluarkan fatwa itu adalah undang-undang negeri, maka ia adalah selaras dengan peruntukan Perkara 11 Fasal 4 Perlembangaan Persekutuan yang membolehkan undang-undang diluluskan untuk menyekat dan mengawal penyebaran agama lain kepada penganut Islam,” katanya.

Jamil Khir berkata larangan penggunaan nama Allah adalah suatu bentuk “sekatan dan kawalan” yang dibenarkan oleh Perlembangaan.

Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan patuh kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dan dalam konteks Pulau Pinang pandangan mufti perlu dipatuhi demi keharmonian rakyat, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori