Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penamaan Calon Esok Buka...

KUALA LUMPUR - ‘Gelanggang’ Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menyaksikan pertandingan di...

Peniaga Rugi RM870,000 Pelaburan...

BAGAN SERAI – Seorang peniaga kerugian sebanyak RM870,000 setelah diperdaya oleh seorang wanita...

Hari Kebangsaan: Jalan Sekitar...

IPOH – Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup dan...

“Apa Sibuk-Sibuk Nak Siasat?”...

SHAH ALAM - Veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Hussin Ali mempersoalkan kritikan...

Kes QZ8501: Bukan ‘Standard’ Kami Guna Khidmat Bomoh!

TIDAK lari daripada misteri dan spekulasi, kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 masih menjadi tanda tanya apabila usaha pencariannya masuk hari ketiga.

Pengamal ilmu dan bomoh Indonesia pula meluahkan kesediaan mereka untuk membantu dalam melibatkan diri dalam pencarian pesawat tersebut sekaligus mengesan kedudukan AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan, Ahad lalu.

Namun, kerajaan Indonesia memutuskan untuk menolak mana-mana tawaran khidmat bomoh bagi membantu dalam misi pencarian QZ8501 dan berpendapat ianya tidak relevan dalam insiden ini.

“Bukan standard kami,” itu luah Pengarah komunikasi pasukan mencari dan menyelamat agensi kebangsaan Basarnas, Encik Sutono sekaligus menolak mana-mana tawaran bomoh dalam hal ini.

Sementara itu, Media Indonesia, tempo.co melaporkan terdapat bomoh yang sudah melakukan pemantauan secara ghaib dan mendakwa bangkai pesawat tersebut berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur.

“Hasil pemantauan kami, pesawat berkenaan berada di perairan timur Pulau Nangka, Kabupaten Belitung Timur. Pesawat itu terhempas kerana adanya kerosakan enjin,” ujar Ketua dukun dan Adat Belitung, Mukhti Maarif.

Menurut Mukhti, mereka masih lagi menunggu permintaan rasmi daripada Kerajaan Indonesia untuk bersama-sama mencari pesawat itu.


Tambahan pula, usaha untuk mereka mencari tidak dapat diteruskan sekirannya tiada permintaan kerana ianya melibatkan persepsi negatif ke atas mereka.- MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO BERITA KEHILANGAN QZ8501

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

Oleh: FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori