Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Syaiful Zero Sah...

DENGAN sekali lafaz, pelawak terkenal Syaiful Zero sah bergelar suami kepada kekasih hatinya, Ashura...

UMNO, BN Perlu Tawar...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menyediakan tawaran pakej hebat...

Pelajar Malaysia Menang Anugerah...

KUALA LUMPUR - Minat mengambil gambar sejak di bangku sekolah akhirnya membawa tuah...

Kenyataan Media UMNO Yang...

KUALA LUMPUR : Kenyataan tular antara lain mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka...

Isteri Cemburu.. Izzue Islam Enggan Sentuh Heroin Dah?

PELAKON Izzue Islam, menafikan syarat enggat bersentuhan dengan mana-mana pelakon wanita gandingannya selepas ini yang telah dibuatnya, adalah kerana isterinya seorang yang kuat cemburu.

Sebaliknya menurut Izzue, prinsip yang diamalkan itu demi menjaga statusnya sebagai seorang suami, juga bertujuan menjaga maruah pelakon wanita yang digandingkan bersamanya dalam mana-mana naskhah filem mahu pun drama.

“Ya, saya ada meletakkan syarat agar tidak ada adegan bersentuhan antara saya dengan pelakon wanita dalam beberapa drama yang saya lakonkan kebelakangan ini.

“Saya rasa ia adalah untuk menjaga status saya sebagai lelaki sudah berkahwin dan untuk menjaga maruah pelakon wanita itu juga,” katanya memetik laporan mStar.

Drama pertama yang akan memperlihatkan prinsip Izzue itu adalah Suami Sebelah Rumah yang bakal ditayangkan di TV3, Mac depan yang turut dijayakan heroin, Ayda Jebat.


_______GUNUNG

Izzue yang bertegas prinsip tersebut mempunyai kaitan dengan isterinya, Nurinafilah Waharudin (Awin) berkata:

“Keputusan itu atas diri sendiri dan bukannya sebab isteri saya cemburu atau tidak. Dia tidak mempengaruhi keputusan yang saya lakukan.

“Saya berbuat demikian kerana memikirkan ia adalah hal saya sebagai seorang lelaki yang menjadi suami orang,” ujarnya lagi.MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori