Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Najwa Enggan Terlampau Expose...

JIKA kebanyakan selebriti tempatan gemar mendedahkan kehidupan peribadi mereka di laman sosial, berlainan...

SPRM Mahu Penduduk Labuan...

LABUAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta penduduk Labuan untuk bekerjasama dengan...

Zimbabwe Julung Kali Anjur...

SITHEMBISO Mutukura dinobatkan sebagai Ratu Albinno Zimbabwe 2018 dalam pertandingan ratu cantik yang...

Farid-Diana Zahirkan Sayang Di...

ADAT berumahtangga, pasti ada pasang surutnya. Bertikam lidah dan berselisihan faham itu perkara...

Motosikal Diharamkan Masuk Jalan Utama Di Jakarta

JAKARTA – Pihak berkuasa ibu negara Indonesia hari ini mula melaksanakan projek perintis larangan kemasukan motosikal di semua jalan utama pusat bandar Jakarta selama sebulan sebelum berkuat kuasa sepenuhnya akhir Januari tahun depan, lapor media tempatan.

Menerusi projek percubaan tersebut, kenderaan enjin beroda dua itu akan dilencong ke pelbagai jalan alternatif bertujuan mengatasi kesesakan teruk waktu puncak dan kes kemalangan trafik yang banyak melibatkan sikap tidak berdisiplin penunggang motosikal.

“Untuk jangka panjang, kami berharap dasar ketat ini akan langsung menurunkan jumlah pengguna motosikal di semua laluan utama selain melancarkan pergerakan lalu lintas,” kata ketua Pengurusan Kawalan Trafik di Agensi Pengangkutan Jakarta, Massdes Arouffy.

Sepanjang projek ujian itu, polis trafik hanya akan memberi amaran keras jika menemui penunggang motosikal yang ingkar cuba menceroboh laluan larangan namun selepas dikuatkuasakan tahun depan, pesalah boleh didenda 513,094 rupiah (RM140).


Punca utama kepada peraturan tersebut susulan langkah pihak berkuasa bandar raya Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta melaksanakan skim tol jalan elektronik atau Electronic Road Pricing (ERP) seperti di Singapura bagi mengawal kemasukan kenderaan pada waktu sibuk.

Menerusi ERP, 10 daerah iaitu Tanah Abang, Menteng, Setiabudi, Tebet, Matraman, Senen, Gambir, Tambora, Sawah Besar dan Taman Sari akan dipasang gantri tol di atas jalan yang mengenakan kadar mahal pada waktu puncak dan murah di luar daripada waktu tersebut.

Pengharaman motosikal juga disebabkan pelaksanaan lorong bebas kenderaan untuk laluan bas TransJakarta yang akan ditambah bagi menarik masyarakat menaiki pengangkutan awam termasuk sistem rel canggih MRT Jakarta yang akan siap pada 2016. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori