Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KPDNHEP Cadang Bekalan Minyak...

HULU TERENGGANU – Kouta tambahan 10,000 tan metrik minyak masak peket bersubsidi dicadang...

KPN Minta Rakyat Renung...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan rakyat...

DJ Ternama Disahkan Maut...

NEW YORK - DJ terkenal dunia, Avicii dilaporkan membunuh diri dengan menggunakan sekeping...

PANAS….Bersediakah ROS Mengharamkan PAS?

Selepas kekecohan yang dicetuskan pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi,...

Jakim Minta Masjid, Surau Anjur Solat Hajat Mohon Banjir Pulih

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan solat hajat dan munajat di semua masjid dan surau dibawah kendalian jabatan itu memohon supaya bencana banjir yang sedang melanda beberapa negeri kembali pulih.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, antara masjid terlibat adalah Masjid Negara, Masjid Putra, dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan seluruh masjid serta surau dalam wilayah persekutuan.

“Jakim juga memohon Jabatan Agama Islam Negeri-negeri mengambil inisiatif yang sama kepada masjid-masjid dan surau dibawah pentadbiran mereka.

“Saya juga menyeru agar solat hajat dan munajat yang diadakan mendapat penglibatan golongan ulama, pemimpin masyarakat dan seluruh rakyat negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Othman berkata, solat hajat dan munajat itu bagi mendoakan keselamatan diri dan harta benda, kesihatan yang baik, keteguhan iman diberikan kepada para mangsa banjir.


Menurutnya, doa munajat itu juga ditujukan kepada para petugas keselamatan dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di kawasan terlibat supaya terpelihara daripada musibah.

“Semoga dengan usaha dan doa kita ini akan diterima Allah sekali gus meredakan musibah yang melanda,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, masjid-masjid di bawah pentadbiran Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan melancarkan Kutipan Derma Khas Masjid.

Jelasnya, kutipan sumbangan berkenaan akan diadakan pada hari 26 Disember ini yang akan disalurkan oleh Unit Bantuan Musibah dan Bencana kepada mangsa banjir.

  • Lagi berita berkaitan:
  • Jakim

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori