Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Angkara Khianat, 6 Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan kejadian kebakaran membabitkan enam kenderaan di...

Keputusan PRK Pelangai Diumum...

BENTONG : Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Volt Buckle: Tali Pinggang...

Oppo Find 7, Galaxy Note 4 dan Nexus 6 ialah tiga peranti dengan...

Jalan Kuala Slim Ditutup Ekoran Tanah Runtuh

IPOH (Perak) – Jalan Kuala Slim ke Felda Besout serta kawasan di sempadan negeri Selangor, dekat Slim River ditutup kepada kenderaan berat ekoran kejadian tanah runtuh di Batu 4, Kuala Slim malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zain Mohd Saedin berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 8.23 malam tadi dan setakat ini keadaan di kawasan kejadian tidak berubah.

“Pemantauan pagi ini mendapati pergerakan tanah tidak lagi berlaku namun situasi itu masih bahaya, bahagian tepi laluan masih ada keretakan tanah dan ia boleh merebak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga mendapati ada paip air pecah di bahagian bawah tepi laluan itu kerana air masih keluar.


Kawasan yang terjejas adalah sepanjang 34 meter, selebar lapan meter dan tanah menggelungsur ke bawah sedalam 45 meter, katanya.

Pemantauan di kawasan kejadian masih dilakukan oleh pihaknya, anggota Jabatan Sukarelawan, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kerja Raya (JKR), katanya.

Md Zain berkata laluan itu akan dibuka selepas JKR mengambil tindakan membaikinya dan memastikan ia selamat untuk digunakan kepada semua kenderaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori