Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

22,535 Kes Baru, 87...

Kementerian Kesihatan berkata 22,535 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes...

Jangan Samakan Majlis Penasihat...

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong dalam jawapannya kepada soalan Ahli...

LHDN Galak Bayar Cukai...

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang masih belum memfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan...

5 Soalan Gadis Moden...

Anak muda zaman sekarang kena cuba benda ni. Sebelum nak kahwin tu, tanyalah soalan-soalan ni dulu

Jangan Guna Istilah ‘Pendatang Haram’ – SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mendakwa istilah ‘pendatang haram’ yang digunakan untuk menggambarkan migran tidak mempunyai dokumen sebagai tidak sesuai dan tidak tepat.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata istilah itu bukanlah satu konsep undang-undang malah tidak tepat kerana seorang individu manusia tidak boleh dianggap haram.

“Sebagai sebahagian daripada langkah progresif yang diambil oleh kerajaan dalam usaha ke arah agenda yang berkesan dan menyeluruh mengenai migrasi antarabangsa, Suruhanjaya menyeru kepada pelan yang mengintegrasikan pembangunan dan menghormati hak asasi manusia bagi migran dan keluarga mereka,” katanya.

MENARIK – Kes Rogol Wanita Penan Oleh Pembalak Perlu Pembelaan

Selain itu, beliau berkata orang ramai mesti mengambil peluang untuk mengiktiraf sumbangan yang dilakukan oleh golongan pendatang kepada pertumbuhan dan pembangunan di kebanyakan negara.

“Suruhanjaya berpendapat bahawa dalam menangani aspek tertentu berkaitan migran dan pekerja asing dengan lebih berkesan, kerajaan perlu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka.

“Di samping itu, Malaysia perlu mengambil usaha konkrit dan langkah-langkah yang sejajar serta diterima sebulat suara semasa Dialog Peringkat Tertinggi mengenai Migrasi dan Pembangunan Antarabangsa, Perisytiharan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Perisytiharan ini mengesahkan keperluan untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asasi semua migran, mengulangi komitmen untuk memerangi pemerdagangan manusia, dan mengecam keras manifestasi perkauman dan sikap tidak bertoleransi terhadap kumpulan ini,” katanya.


Menurut Artikel 22 Perisytiharan ASEAN mengenai Perlindangan dan Promosi Hak Pekerja Migrain yang diterima pakai pada tahun 2007, negara ASEAN telah bersetuju untuk membangunkn Istrumen ASEAN mengenai promosi dan perlindungan pekerja migran.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena Hari Migrain Antarabangsa hari ini.

Di Malaysia, kebanyakan migran terutama dari Bangladesh, Indonesia, Nepal, Myanmar, Filipina dan Vietnam mendatangi negara ini sebagai lokasi mencari rezeki.
MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video SUHAKAM Tentang Tahanan SOSMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori