Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

TH Ziarah Keluarga Jemaah...

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menziarahi waris jemaah haji...

Misi Selamat 12 Pemain...

MAE SAI - Cuaca buruk termasuk hujan lebat menyukarkan misi menyelamat 12 pemain...

Pembantu Mourinho Calon Pengurus...

PEMBANTU pengurus Manchester United, Jose Mourinho, Rui Faria dikatakan bakal mengisi kekosongan jawatan...

RTM Lancar Stesen TV5...

MENJELANG pelaksanaan pendigitalan sepenuhnya semua siaran televisyen tempatan percuma pada 1 Jun 2018,...

Jangan Politikkan Laporan RCI – SPRM

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berharap

semua pihak tidak mempolitikkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha membendung perkara itu termasuk penubuhan jawatankuasa tetap mengenai pendatang tanpa izin.

Malah, katanya SPRM akan mengambil apa juga tindakan dan menyiasat setiap maklumat yang diterima termasuk jika wujud isu berkaitan laporan itu.

“Bagi isu rasuah, kita mengambil tindakan yang jelas kerana kita tidak pilih bulu. SPRM bertindak secara bebas, telus dan profesional bagi memerangi rasuah,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertema ‘Peranan Pemimpin Masyarakat Dalam Memerangi Rasuah’ pada Persidangan Anti-Rasuah peringkat negeri anjuran SPRM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan peserta berhubung kewujudan ‘kebarangkalian projek Kad Pengenalan (IC)’ berdasarkan hasil siasatan laporan RCI yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Rabu lepas.


Mustafar berkata usaha memerangi secara habis-habisan pendatang asing tanpa izin dan rasuah di negara ini memerlukan komitmen yang tinggi oleh semua lapisan masyarakat terutama dari segi perubahan sikap dan jati diri.

Seramai 340 peserta daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi pengajian tinggi menghadiri program itu sempena sambutan Hari AntiRasuah Sedunia pada 9 Dis setiap tahun.

Program itu antara lain bertujuan memperbaiki persepsi masyarakat terhadap keberkesanan SPRM pada masa kini dan mencipta gelombang antirasuah dalam kalangan masyarakat dalam usaha pencegahan rasuah. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=m_1ZTJBYVdY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori