Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Majlis Halal Malaysia Kemudi...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan dan Pembangunan Industri Halal Malaysia dibubarkan mulai...

Buaya Seberat 150 Kilogram...

BEAUFORT - Sekumpulan penduduk gempar seketika dengan kehadiran seekor buaya sepanjang 2.7 meter...

Permaisuri Agong Hadiri Sambutan...

LANGKAWI - Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menghadiri sambutan...

VIDEO: Inilah Persembahan Majlis...

LAZIMNYA majlis konvokesyen atau graduasi akan dipenuhi dengan protokol yang perlu dipatuhi semua pelajar...

Jawatankuasa Audit Bebas Hanya Siasat Keselamatan KLIA2

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penubuhan Jawatankuasa Audit Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bertujuan menyiasat aspek keselamatan di lapangan terbang itu.

Sehubungan itu, beliau menafikan wujudnya pembaziran sumber berikutan penubuhan jawatankuasa audit bebas itu seperti yang didakwa oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Beliau berkata, jawatankuasa bebas itu bertanggungjawab dari segi keselamatan penumpang dan pendaratan pesawat mengikut standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) kerana adanya insiden takungan air pada apron klia2 baru-baru ini.

“Dari segi teknikal dan keselamatan, (ia) akan diuruskan oleh jawatankuasa audit bebas klia2 untuk memastikannya mematuhi syarat-syarat dan piawaian yang sudah ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran solo ‘Old Rich’ oleh pelukis China, Prof Cheng Haw-Chien di sini, hari ini.

Khamis lalu, Liow mengumumkan jawatankuasa audit bebas itu diketuai Presiden Persekutuan Institusi Kejuruteraan Asia dan Pasifik, Ir Prof Datuk Dr Cheah Hean Teik dan dianggotai Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharrudin Abd Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Ir Annies Md Ariff, Ketua Pegawai Eksekutif G&P Professionals Sdn Bhd, Datuk Dr Ir Gue See Sew dan Pengurus Besar Petronas, M Shobri Abu Bakar.

Semalam, media melaporkan Presiden PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan penubuhan jawatankuasa audit bebas itu sebagai ‘berat sebelah’ dan ‘pembaziran sumber’ dan meminta Ketua Audit Negara terbabit dalam penyiasatan itu.

“PAC hanya bertanggungjawab dari segi pembangunan keseluruhan lapangan terbang itu seperti berapa luas bangunan yang perlu dibuat dan kos yang terbabit…itu terpulang kepada pihak MAHB (Malaysia Airports Holdings Berhad) untuk menjawabnya,” kata Liow.

Menurutnya Kementerian Pengangkutan sedia bekerjasama untuk memberi maklumat terperinci berkaitan dengan pembinaan dan projek pembangunan klia2 seperti yang diharapkan PAC.


“Kita juga menggesa MAHB untuk tampil memberi penjelasan berkenaan dengan projek pembinaan klia2 secara keseluruhan kepada PAC sekiranya diperlukan lagi untuk berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai gesaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed supaya Malaysia mengetuai pasukan siasatan tragedi Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, Liow berkata:

“Tragedi itu berlaku di kawasan Ukraine dan sepatutnya Ukraine yang perlu bertanggungjawab untuk mengetuai pasukan itu, namun mereka telah menyerahkannya kepada Belanda untuk mengetuai pasukan siasatan itu.

“Namun demikian, Malaysia merupakan anggota penuh Pasukan Siasatan Bersama MH17 yang tertumpu kepada siasatan jenayah susulan nahas MH17 dengan anggota asalnya terdiri daripada Australia, Belgium, Ukraine dan Belanda,” katanya.

Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh di wilayah timur Ukraine pada 17 Julai lepas ketika dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.

Tragedi itu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 44 rakyat Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori