Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kim Miso, Selebgram Hijab...

TIDAK dapat dinafikan saat ini laman sosial semakin dipenuhi dan dibanjiri dengan gadis...

“Bukan Dayus, Shuib Berterus-Terang...

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik gambar motosikal Ysuku...

Ucapan Najib Dikutuk, Dilabel...

Entah kenapa ada lidah dari dalam UMNO sendiri sudah mula memberikan tohmahan jahat...

Sarawak Perkenal Ujian Penilaian...

KUALA LUMPUR - Sarawak akan memperkenalkan ujian penilaian psikologi sebagai syarat tambahan bagi...

Jemaah Haji 2015 Bakal Guna Tren Laju Canggih Makkah-Madinah

JEDDAH – Kerajaan Arab Saudi semalam memberi amaran terakhir kepada kontraktor sistem kereta api berkelajuan tinggi Haramain (HHSR) untuk menyiapkan projek tren laju itu menjelang musim haji terbaharu pada September tahun depan, lapor media hari ini.

Amaran tegas itu dikeluarkan Menteri Pengangkutan yang baharu, Abdullah Abdulrahman al-Muqbel dalam satu kenyataan media di sini pada Rabu terhadap syarikat terkenal Arab Saudi, Bin Laden Consortium dan rakan usaha sama dari Sepanyol, Oger Joint Venture.

Projek mega HHSR bernilai kira-kira 30.8 bilion riyal (RM28.6 bilion) itu menghubungkan dua kota suci utama umat Islam, Makkah dan Madinah menerusi terminal induk di Jeddah dengan jarak panjang 450 kilometer serta meliputi empat buah stesen persinggahan.

“Ini adalah amaran terakhir sama ada kena siapkan dan terus beroperasi atau sedia terima hukuman,” kata Abdullah sebagai merujuk lawatan secara mengejut beliau selama dua hari pada minggu lalu ketika meninjau perkembangan projek prasarana tersebut.


Pemerintah Arab Saudi menandatangani perjanjian tiga tahun lalu dengan Oger yang disertai empat firma terbesar Sepanyol iaitu pengendali operasi kereta api kebangsaan, Adif, pengeluar tren Talgo, syarikat teknologi rel Indra dan firma pembinaan landasan OHL.

Menerusi perjanjian itu, Sepanyol akan membekalkan 35 set kereta api laju dan kontrak penyelenggaraan selama 12 tahun manakala syarikat tempatan Al-Rajhi Alliance yang memenangi bida pada 2009 bakal menyiapkan jambatan dan kerja-kerja berkaitan.

Mula dibina sejak 2009 lalu, projek tren moden berkuasa elektrik dengan landasan berkembar itu apabila beroperasi kelak mampu membawa sehingga 150,000 penumpang setiap hari serta mampu memecut had kelajuan maksimum 300 kilometer sejam.

Sepanyol pengeluar terbaik sistem tren laju di dunia bahkan teknologi kereta api negara itu lebih canggih berbanding jirannya, Perancis, turut terlibat dalam projek rel ringan Metro Riyadh bernilai 84.4 bilion riyal (RM78.3 bilion) di ibu kota Arab Saudi itu. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori