Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Budak 4 Tahun Maut...

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat...

Luahan Hati Shakilla Khoriri...

PELAKON, Shakilla Khoriri merasakan dirinya belum pun ‘layak’ untuk mempunyai pasangan hidup seperti...

Pemimpin PKR Ditahan Polis

KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin PKR Cabang Batu di sini, ditahan polis bagi...

Bomba Pindah Pesakit 290kg...

Rawang - Sepasukan enam anggota bomba bertungkus lumus membantu memindahkan seorang pesakit lelaki...

Jenazah Tan Sri Ani Arope Selamat Dikebumikan Di Shah Alam

SHAH ALAM – Jenazah bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Dr Ani Arope selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini kira-kira pukul 3.30 petang ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Surau Al-Ansor, Seksyen 2 di sini pada pukul 2 petang.

Kira-kira 100 orang terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan beliau hadir pada majlis pengkebumian itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd dan Naib Presiden Sumber Manusia TNB Datuk Muhammad Razif Abdul Rahman.

Allahyarham meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya kira-kira pukul 5.10 pagi tadi akibat barah prostat.


Dilahirkan pada 17 Mei 1932 di Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang, Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Saenah Ahmad dan tiga anak selain ramai anak angkat.

Allahyarham menjawat jawatan pengerusi eksekutif TNB dari 1992 hingga 1996 selain pernah menerajui beberapa syarikat swasta, institusi pengajian tinggi dan pelbagai organisasi. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori