Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kelas Bimbingan Percuma YPM...

KUANTAN - Seramai 22,200 pelajar menerima manfaat kelas bimbingan percuma kelolaan Yayasan Pelajaran...

Kes Covid-19 Luar China...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan jumlah kes koronavirus (Covid-19) yang direkodkan...

Video: Budak Nangis Teresak-Esak...

TINDAKAN seorang guru yang menjerit dan menengking anak didiknya dalam kejadian di sebuah pusat...

Umur Bukan Penghalang Cinta...

PELAKON, Hafreez Adam mencintai Zara Zya dengan setulus hati dan tidak pernah menganggap...

Jijik….Tangki Najis Meletup, Habis Terkena Orang Ramai

China – Pelanggan dan pekedai di bandar Hechi, berlumuran dengan najis selepas tangki septik mengandungi kumbahan meletup akibat terlebih muatan.

Keadaan itu juga menyebabkan orang ramai diseliputi cecair berwarna coklat selain bau yang amat busuk.

Lebih malang ialah pekedai di situ yang mengalami kerugian kerana seluruh kedainya dipenuhi dengan najis dan ia mungkin mengambil masa lebih seminggu untuk membersihkannya.

Menurut saksi, Dong Tang, pada mulanya dia menyangka berlaku kemalangan apabila orang ramai mengerumuni kawasan berkenaan.

“Saya tidak begitu peduli dengan keadaan yang berlaku itu namun baunya amat busuk dan ia menjijikkan,’’ katanya.

Ketika itu barulah Dong menyedari bahawa cecair berwarna coklat bertaburan di jalan raya dan di kedai selain melekat pada pelanggan dan orang yang lalu lalang di situ.


Bagaimanapun usaha mereka untuk mendapatkan pampasan kemungkinan menemui kesukaran kerana lori yang membawa tangki septik itu dan syarikat pengeluar tangki berkenaan saling menuding jari.

Jurucakap syarikat pembuat tangki itu berkata, letupan itu berlaku akibat masalah teknikal pada lori tersebut manakala pemilik lori pula menyalahkan syarikat berkenaan kerana gagal mengikut arahan yang ditetapkan.

Menurut polis, tangki itu digunakan untuk menyedut kumbahan di kawasan setempat selain tandas-tandas awam di situ.

Dalam pada itu, orang ramai yang terkena najis tersebut kebanyakannya mendapatkan rawatan kerana mereka bimbang terdapat bahan kimia ketika proses pembersihan najis dan jangkitan daripada najis berkenaan. (MYNEWSHUB)

https://www.youtube.com/watch?v=cVhGVEsYoQk

  • Lagi berita berkaitan:
  • China

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori