KUALA LUMPUR – Jobstreet Corporation Bhd terus menjadi antara kaunter paling aktif buat hari kedua berturut-turut minggu ini, dengan kelebihan momentum daripada proses belian semula saham syarikat itu baru-baru ini.
Pada 11.01 pagi, saham Jobstreet meningkat 1.5 sen kepada 55 sen, dengan 47.04 juta saham bertukar tangan.
Semalam, saham syarikat itu melonjak 14.5 sen dan ditutup pada 53.5 sen.
Menurut maklumat yang difailkan oleh Jobstreet kepada Bursa Malaysia, syarikat itu membeli balik 764,200 saham pada harga 28 sen seunit yang melibatkan RM214.88 juta, pada 12 Dis.
Diasaskan di Malaysia pada 1997, Jobstreet turut hadir dalam pasaran Singapura, Filipina, India dan Indonesia, dan menurut Forbes, Jobstreet merupakan syarikat pencari pekerjaan dalam talian terbesar di Asia Tenggara.
Ia kini memberi perkhidmatan kepada kira-kira 80,000 pelanggan korporat dan 11 juta pencari kerja. – BERNAMA