Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Denggi: Kesedaran Rakyat Tinggi,...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai punca denggi,...

Polis Buru Lelaki Rosakkan...

NILAI - Polis sedang memburu lelaki yang terlibat dalam satu rakaman video merosakkan...

PAS: Budaya Politik Matang...

KOTA BAHARU - Benarkah PAS kini berbeza?Apabila pemimpin PAS tampil berpakaian baju Melayu,...

Kanak-Kanak Terpaksa Naik Kuda...

GUANGGXI, China – Demi mendapatkan ilmu, tiga kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa menunggang...

Johor Naik Taraf Lampu Limpah Stadium Larkin

KUALA LUMPUR – Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor akan lebih terang pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Ia berikutan langkah Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menukar lampu limpah stadium itu yang sudah berusia lebih 24 tahun.

“Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos bakal lebih terang pada musim 2015 apabila projek penukaran lampu limpah lama yang sudah berusia lebih 24 tahun kini bakal diganti baru.

“Keempat-empat tiang juga diganti baru sepenuhnya dan berdasarkan kekuatan lampu yang diberitahu oleh syarikat yang memasang lampu limpah tersebut,” kata PBNJ dalam laman akaun Facebook Johor Southern Tigers di sini semalam.


Menurut PBNJ, lampu limpah baharu itu pasti memberi kecerahan yang jauh lebih baik di Stadium Larkin berbanding sebelumnya.

“Projek tersebut yang telah pun hampir siap pastinya memberi satu imej lebih baik untuk stadium milik PBNJ ini,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=UOg6g3cV534

  • Lagi berita berkaitan:
  • PBNJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori