Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Ebit Lew Didakwa Atas...

TENOM : Pendakwah terkenal, Ebit Lew, 38, didakwa atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan...

Ahli Perniagaan Mati Ditembak...

SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan ditemui mati ditembak dalam kenderaannya dalam kejadian...

PKR Sarawak Kecewa Azmin...

PETALING JAYA - PKR Sarawak hari ini melahirkan rasa kecewa susulan pembatalan Timbalan...

EU, AS Bolot Vaksin...

KUALA LUMPUR - Tindakan negara kaya seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat...

Johor Mula Dilanda Banjir, Kluang Dan Muar Terjejas

Johor menjadi negeri terkini dilanda bencana banjir apabila dua daerah di negeri itu mula terjejas sementara keadaan banjir di negeri lain iaitu Pahang, Terengganu, Kedah dan Perak tidak banyak berubah.

Daerah Kluang dan Muar mula terjejas apabila seramai 214 orang mangsa terpaksa dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara hari ini, memetik laporan Bernama.

MENARIK – Banjir Belum Sampai Tahap Isytihar Darurat – MKN

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Johor berkata, di Kluang sejumlah 201 orang termasuk empat bayi daripada 46 buah keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan manakala 13 penduduk di Bukit Kepong, Muar dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan.

Keadaan banjir di Kampung Bentong Dalam, Kluang pagi tadi.
Keadaan banjir di Kampung Bentong Dalam, Kluang pagi tadi.

“Kesemua mangsa di Kluang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Raya Mardi, Mukim Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana.


“Penduduk di Bukit Kepong pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan,” katanya.

Beliau berkata paras air di lokasi terjejas banjir semakin meningkat. – MYNEWSHUB.CC

Video Banjir Jalan Kluang  – Mersing Pada 2011

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori