Jakarta – Presiden Jokowi semalam berikrar tidak memberikan pengampunan kepada pengedar dadah yang dihukum mati, termasuk beberapa warga asing.
Berdepan dengan kritikan kumpulan hak asasi manusia, Jokowi berkata, seramai 64 orang yang disabitkan kesalahan mengedar dadah akan menghadapi skuad penembak tepat bagi menjalani hukuman mati.
“Tiada pengampunan bagi isu ini,†katanya di depan kumpulan pelajar di Jogjakarta.
Kenyataan itu menghapuskan harapan sesetengah pihak untuk melihat Jokowi – yang dilantik sebagai presiden Oktober lalu – bersikap lebih lembut terhadap pesalah dadah.
Turut menunggu masa ditembak mati ialah dua warga Australia, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran, yang menjadi sebahagian daripada kumpulan “Bali Sembilan†untuk menyeludup heroin ke Indonesia.
Seorang lagi warga asing ialah nenek dari Britain, Lindsay Sandiford, yang cuba membawa masuk kokain.
Kata Jokowi, dia percaya semua pihak menyedari Indonesia kini menghadapi darurat dadah.
Katanya, ada sehingga 50 anak muda Indonesia mati setiap hari akibat penyalahgunaan dadah, selain wujud 4.5 juta penagih di negara itu.
Sementara itu anggota Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia, Roichatul Aswidah berkata, kenyataan Jokowi itu mengejutkan.
“Hak seseorang untuk hidup tidak boleh dihadkan atas apa sebab sekali pun,†katanya. – AFP
https://www.youtube.com/watch?v=akUJsKBN5Fs