Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Akui Buat Silap, Fathia...

SEBELUM ini pelakon cantik, Fathia Latiff pernah terlibat dengan kontroversi menari separuh bogel...

Gemar Masakan Isteri, Farid...

PELAKON Diana Danielle mengakui dirinya masih dalam proses mempelajari pelbagai jenis masakan kerana...

Nik Abduh Harap Perhimpunan...

LAZIMNYA amat sukar untuk menemui pemimpin pembangkang mengambil berat mesyuarat tahunan sesebuah parti...

LHDN Sedia Bantu Pusat...

PUCHONG - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bersedia menawarkan perkhidmatan nasihat kepada Pusat...

44,520 Sukarelawan JPAM Sedia Hadapi Banjir S’ngor

KLANG – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Selangor bersiap siaga untuk mengerah 44,520 anggota tetap dan sukarelawannya membantu masyarakat jika berlaku bencana terutamanya banjir di negeri ini.

Timbalan Pengarah JPAM Selangor Left Kol Khairil Izzwan Abdul Rahman berkata sebanyak 400 anggota aktif juga bersedia untuk menghadapi banjir berikutan taburan hujan bulan ini hingga Mac depan diramal meningkat.

Selain itu, JPAM Selangor juga mengenal pasti beberapa kawasan yang mempunyai kebarangkalian tinggi dilanda banjir atau banjir kilat dan penduduk kawasan berkenaan diberi taklimat mengenai respons awal menghadapi bencana.

“Semua peralatan dan logistik kita sentiasa diselenggara supaya dapat digunakan jika berlaku kecemasan seperti banjir atau banjir kilat.

“Kesediaan kita bergantung kepada tiga fokus iaitu sebelum, semasa dan selepas banjir. Disebabkan itu, JPAM sentiasa menjalankan pendekatan masyarakat supaya orang ramai tahu fungsi dan gerak kerja kami,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Khairil Izzwan berkata kesiapsiagaan JPAM Selangor turut meliputi kesediaan logistik sembilan bot enjin, 26 bot pendayung serta tujuh treler untuk tujuan menyelamat mangsa banjir selain kenderaan darat seperti van dan lori bagi tujuan membawa mereka ke pusat pemindahan dan ambulans bagi kes kecemasan.

Menurutnya masalah yang sering mengganggu operasi menyelamat mangsa banjir di Selangor adalah sikap segelintir masyarakat yang enggan meninggalkan rumah walaupun rumah sudah dinaiki air kerana khuatir berlaku kecurian harta benda.

“Sebagai jabatan yang ditugaskan untuk kerja-kerja menyelamat dan pertolongan cemas, kami menasihatkan mangsa banjir di Selangor sentiasa patuh pada arahan pemindahan kerana nyawa lebih penting daripada harta benda,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori