Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Piagam 14 September Signal...

KUALA TERENGGANU - Piagam yang akan dimeterai antara PAS dan UMNO di Pusat...

Matlamat Kerajaan Pertingkat Hidup...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai matlamat untuk menaikkan taraf hidup...

Murid Banyak Baca Buku...

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan Kepayang, Dr. Ko Chung...

Portugal Kekal Rekod Tanpa...

PARIS - Portugal menamatkan kempen peringkat kumpulan Liga Negara-Negara Eropah dengan seri 1-1...

JPN Nafi MyKad Perlu Ditukar Sebelum Penghujung Tahun

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak perlu membuat penggantian MyKad dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) jika kad pengenalan diri mereka masih berada dalam keadaan baik. 

Ketua Pengarah JPN, Datuk Sulaiman Keling berkata, khabar angin kononnya orang ramai perlu membuat penukaran MyKad selewat-lewatnya pada hujung tahun 2014 ini atau akan didenda tidak benar. 

“JPN ingin mengingatkan orang ramai agar berwaspada berkaitan hebahan maklumat berkaitan penukaran MyKad yang telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham orang awam bahawa MyKad perlu ditukar selewat-lewatnya pada hujung tahun 2014 ini atau akan didenda.

“Sekiranya Mykad yang dimiliki masih dalam keadaan baik dan berfungsi maka mereka tidak diperlukan membuat gantian baru kad pengenalan. JPN juga ingin memaklumkan bahawa gantian MyKad struktur baru adalah tidak diwajibkan. Penukaran kepada MyKad yang baru adalah merupakan pelaksanaan yang berterusan dan tiada tarikh tutup,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 

Sulaiman menjelaskan, kewajipan membuat MyKad adalah ke atas kanak-kanak Warga Malaysia yang telah mencapai umur 12 tahun untuk membuat kad pengenalan bagi kali pertama. 

Menurutnya, warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun dan sebelum mencapai umur 25 tahun juga wajib membuat penukaran dan ia hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup. 

Selain itu, kata beliau, gantian kad pengenalan dibuat sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kad pengenalan atau cip tidak berfungsi dan pertukaran butiran yang telah diluluskan oleh JPN.

Justeru, beliau berharap orang ramai untuk tidak mempercayai sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Penyiaran maklumat berkaitan kad pengenalan hanya boleh disahkan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai Pendaftaran yang dilantik sahaja,” tegasnya. 

Sehubungan itu, beliau meminta melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03 – 8880 7077/ 7067/ 7069/ 8206 atau emel ke [email protected] untuk mendapat penjelasan mengenai MyKad. 

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori