Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pes Masakan Cina Sasar...

KOTA BHARU - Penggemar masakan Cina terutama di negeri-negeri di pantai timur bakal...

Jam City Lancar Harry...

LOS ANGELES - Jam City, sebuah studio permainan mudah alih yang berpangkalan di...

Baru 6 tahun Tapi...

MELIHATKAN jari jemarinya yang memegang gunting memang sukar percaya pada usianya yang muda...

Warga Emas Terharu, Gembira...

BERUAS - Seorang warga emas dari Jalan Tan Tooi, Pantai Remis sangat terharu...

Jumlah Kutipan Harian Pinjaman PTPTN Meningkat RM4 Juta

KUALA LUMPUR – Jumlah kutipan harian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkat kepada RM4 juta sekarang berbanding RM3.5 juta sebelum ini, kata Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata peningkatan itu membuktikan kesedaran peminjam PTPTN serta usaha berterusan yang dijalankan perbadanan itu bagi memastikan peminjam tegar membuat bayaran balik sebelum dikenakan tindakan.

“Saya dapati peningkatan ini juga disebabkan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 Oktober lepas,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Simpanan Bonanza! Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) siri kedua dan ketiga 2014, di sini.

Najib mengumumkan pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam PTPTN jika membayar balik pinjaman sepenuhnya sehingga 31 Mac tahun depan manakala bagi mereka yang tidak dapat berbuat demikian masih boleh mendapatkan potongan 10 peratus daripada pinjaman sekiranya membuat bayaran berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015.

Sementara itu, Ng Wah Yen yang mewakili suaminya pemenang tempat pertama cabutan itu, Tan Yen Shyang, 46, menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah kepada budaya menabung yang diamalkan sejak membuka akaun SSPN-i untuk anak perempuannya sembilan tahun lepas.


Beliau yang berasal dari Pulau Pinang itu membawa pulang hadiah RM100,000.

SSPN-i merupakan suatu produk PTPTN yang diwujudkan untuk menggalakkan budaya menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak agar tidak berharap kepada pinjaman pendidikan semata-mata. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori