Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tarikh Baru Ambil Kertas...

KUALA LUMPUR - Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini membatalkan kertas peperiksaan Bahasa...

Kertas Siasatan Pemandu Uber...

GEORGE TOWN - Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes seorang pemandu Uber yang...

Farid Kamil Didakwa Lagi,...

PETALING JAYA- Pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil sekali lagi didakwa di Mahkamah...

Ibu Anjur Game Bogel,...

SEORANG wanita yang membenarkan anaknya membuat majlis bersama-sama rakannya di rumah telah ditahan atas...

Juruteknik ATM Maybank Curi RM80 Ribu, Didenda RM20 Ribu?

PERIBAHASA ada menyatakan ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.

Seorang bekas juruteknik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Maybank, akhirnya mengaku bersalah mencuri wang berjumlah  RM80,850 dari sebuah mesin ATM.

Tertuduh, Hamdan Abu Hussin, 27, dijatuhkan hukuman didenda sebanyak  RM20,000 dan dipenjarakan seminggu oleh Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.

Keputusan perbicaraan tersebut dibacakan oleh Hakim Nor Sharidah Awang, hari ini.

Menurut Nor Shahridah, keputusan mahkamah ini mengambil kira kepentingan awam walaupun tertuduh tidak mempunyai sabitan lampau.

Bagaimanapun, tertuduh boleh dihukum penjara selama enam bulan lagi jika gagal membayar denda yang dikenakan pihak mahkamah.


Hamdan dikatakan melakukan kesalahan tersebut pukul 3.20 petang di ruang legar Bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Presint 2, Putrajaya pada  7 Mac lalu.

Bercerita lanjut mengenai kes kecurian ini, pihak Safeguards menerima maklumat mengenai kehilangan wang anggaran RM80,000 di mesin ATM Maybank berkenaan pada 9 Mac lalu.- MYNEWSHUB.CC

VIDEO ROMPAKAN ATM 

https://www.youtube.com/watch?v=omprQUjJ7Nk
Oleh : FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori