Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

10,125 Kes Jenayah Rentas...

PORT DICKSON - Lebih 10,000 tangkapan atas pelbagai jenayah rentas sempadan di perairan...

Tunku Ismail Diiktiraf Ahli...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai Ahli...

Anggota Polis Wanita Jadi...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis wanita berpangkat Detektif Sarjan terpaksa berputih mata...

Salahuddin Lawat Sarawak Bertemu...

KUCHING - MenteriĀ Pertanian dan IndustriĀ AsasĀ Tani, SalahuddinĀ AyubĀ hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk...

Kalimah ALLAH: Perkasa Buat 25 Laporan Polis

GEORGETOWN – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam di negeri ini boleh menggunakan kalimah ALLAH.

Timbalan Yang Dipertua Perkasa Pulau Pinang, Azmi Alang yang mengetuai anggota Perkasa dalam membuat laporan polis itu, berkata, pihaknya menggesa polis mengambil tindakan keras terhadap Lim yang dilihat cuba mempersenda kalimah ALLAH.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin yang mendapat sokongan rakyat di negeri ini Guan Eng seharusnya peka hal-hal berkaitan agama dan bangsa lain.

“Kami juga menyerahkan memorandum kepada polis supaya tindakan dapat diambil ke atas ketua menteri. Sebagai ketua menteri, dia mesti tahu asal usul agama Islam dan agama-agama lain di negeri ini. Dia tak boleh mempertikaikan hak-hak agama lain.

“Kenyataan itu juga seperti mempertikai Yang di-Pertuan Agong, ketua agama negara (dan Pulau Pinang)… kita pun menghormati bangsa lain, kenapa dia nak mempertikaikan orang Melayu dan agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.


Jumaat lepas beberapa portal melaporkan bahawa Guan Eng memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah ALLAH.

Guan Eng juga dilapor berkata, larangan penggunaan kalimah ALLAH yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Sementara itu, seramai 30 anggota Perkasa berhimpun di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi menyatakan bantahan terhadap kebenaran pengunaan kalimah ALLAH kepada orang bukan Islam.

Suasana menjadi tegang apabila kumpulan itu tiba di pekarangan Komtar pada pukul 2.30 petang dan cuba naik ke pusat pentadbiran kerajaan negeri di tingkat tiga untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim, namun dihalang polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori