Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pertimbang Hukuman Penjara Pesalah...

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menggesa pegawai...

Piala AFF: 2 Gol...

YANGON - Skuad Harimau Malaysia bangkit dua kali sebelum menang tipis 3-2 ke...

Penduduk Keringkan Bekas Lombong...

KUANTAN - Bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di sini yang...

Pesawat Terhempas, Kanak-Kanak Redah...

TAK dapat dibayangkan betapa kuatnya semangat Sailor Gutzler, 7, yang berjalan sejauh tiga setengah...

Kesian… Kamal Adli Kecewa Intan Sudah Ada Lelaki Lain

Keretakan hubungan cinta antara pelakon Kamal Adli dan Intan Ladyana hangat diperkatakan peminat hiburan sejak akhir-akhir.

Mana tidaknya, rata-rata peminat pelakon meluahkan rasa simpati kepada Kamal Adli yang masih setia menunggu kekasih hatinya itu meskipun hubungan cinta mereka sudah berakhir pada Ramandan lalu.

Lebih menyedihkan, dalam saat Kamal ingin menagih cintanya kembali, aktres Intan Ladyana dikatakan sudah menemui pengganti selepas tiga bulan hubungan mereka putus.

Menurut laporan mStar Online, Kamal berkata, dia mendapat tahu perkara itu apabila pengikut di Instagram Intan meletakkan tanda ‘tagged’ gambar Intan bersama seorang lelaki tersebut ketika percutian mereka di Venice dalam akaun laman sosial miliknya.

Intan IG

“Saya tidak menyangka dalam masa terdekat ini dia sudah boleh meneruskan hidupnya dengan orang lain,” ujar Kamal Adli yang mengaku masih dalam proses memulihkan perasaan rindu terhadap aktres wanita itu.

Lebih mengejutkan, Kamal Adli turut meluahkan rasa kecewanya  apabila mengetahui rakannya, Liyana Jasmay sendiri memperkenalkan lelaki tersebut kepada bekas kekasihnya.


liyana-jasmay-preggy

Terus terang saya terkejut kerana Liyana rakan baik saya dan ada bermain dalam fikiran saya mengapa dia sanggup buat begitu ketika saya sedang berusaha memenangi hati Intan.

“Tetapi saya tidak salahkan Liyana kerana saya tahu dia berniat baik dan sebab itu saya tidak mahu berusaha lagi kerana enggan merosakkan kebahagiaan Intan sekarang,” katanya.

Semoga Kamal Adli bersabar menghadapi ujian ini dan meneruskan kehidupan seperti biasa. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • cinta

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori