Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tiada Simpati Untuk Israel...

KUALA LUMPUR - Tiada simpati perlu diberikan kepada Israel walaupun dalam aspek sukan.Timbalan...

Mangsa Banjir Di Segamat...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat kekal 10 orang daripada dua...

Irama Nasyid Tanpa Suara...

UNIK… Mendendangkan lagu tanpa suara dan hanya bahasa isyarat mengikut rentak irama dan...

Pemuda PAS Kesal Sikap...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan sikap pemuda DAP...

Kapal Kontena Terbesar Dunia Berlabuh Di Westports M’sia

KUALA LUMPUR – Westports Malaysia sekali lagi melakar kejayaan apabila kapal kontena terbesar dunia, MV CSCL Globe, berlabuh buat pertama kalinya di terminal pelabuhan syarikat itu, Jumaat.

Kapal milik China Shipping Container Lines (CSCL) sepanjang 400 meter, 60 meter lebar dan lebih besar daripada empat padang bola sepak itu, dikenali sebagai ‘A380 dalam industri perkapalan’, kata Westports dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ruben Emir Gnanalingam berkata kunjungan sulung itu tepat pada masanya berikutan penyiapan projek Terminal Kontena 7 (CT7) yang mampu menampung 11 juta unit kontena bersamaan dua puluh kaki (TEU).

“CT7 kami dilengkapi kren kapal ke darat tertinggi di dunia bagi mengendalikan kapal bersaiz mega dengan kapasiti 19,000 TEU.

“Selain menjadi kapal kontena terbesar dunia, pelabuhan kami mencipta satu lagi kejayaan melalui MV CSCL Globe apabila terlibat dalam proses mengangkat kontena 8 juta TEU dari kapal tersebut,” katanya.


MV CSCL Globe yang sedang melaksanakan perkhidmatan AEX1 yang menghubungkan Asia ke Eropah, adalah antara lima kapal kontena dengan kapasiti 19,100 TEU.

CSCL dijangka menerima empat lagi kapal secara berperingkat menjelang hujung tahun ini dan awal tahun depan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Ne6WAKYyQEw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori