Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas Pelbagai Dadah...

JOHOR BAHRU - Polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM76,200 selepas...

IPTA Harus Bijak Jana...

BANGI - Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) perlu mencari jalan memanfaatkan aset seperti...

Mahathir Tidak Akan Pegang...

KUALA LUMPUR - Berpegang kepada tekad untuk menyelesaikan masalah hutang negara, Tun Dr....

PR Jadual Mesyuarat Tertinggi...

KEMAMAN - Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Mesyuarat Tertinggi Majlis Permuafakatan pada Ahad...

Kapten Air France Sakit Dada, Pesawat Patah Balik Ke Paris

PARIS – Tugas juruterbang tidak kira pesawat komersial atau jet tempur bukan sahaja perlu kelihatan sihat, malah kena betul-betul berasa sihat sebelum mengemudi kapal terbang yang berharga jutaan ringgit selain nyawa penumpang atau kargo di bawah kendaliannya.

Inilah yang berlaku ke atas sebuah pesawat syarikat penerbangan Perancis, Air France apabila dilaporkan terpaksa berpatah balik selepas separuh jalan di udara gara-gara kapten kapal terbang itu tiba-tiba pula mengadu sakit dada selepas 37 minit berlepas.

Media melaporkan, kejadian berlaku sejurus pesawat kecil model Embraer E170 itu baharu sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle di sini dan terpaksa mendarat kembali pukul 7.10 malam Selasa (3.10 pagi hari ini waktu Malaysia).

Pesawat AF1746 itu dalam perjalanan rutin harian ke Stavanger, sebuah bandar raya kecil di selatan Norway yang jaraknya terletak 1,482 kilometer jauhnya dari utara kota Paris dan biasanya mengambil masa cuma kira-kira sejam jam 30 minit penerbangan normal.


“Mujur seorang pakar perubatan kecemasan tempatan secara kebetulan berada di dalam pesawat kami dan dia menasihatkan kapten agar patah balik ke Paris selepas juruterbang itu berasa tidak mampu meneruskan perjalanan,” kata jurucakap Air France.

Pembantu juruterbang segera mengambil alih tugas kapten tersebut dan kemudian berjaya mendaratkan pesawat kecil itu sebelum juruterbang berkenaan yang tidak didedahkan identitinya segera disambut petugas kecemasan Perancis di lapangan terbang.

Pesawat buatan Brazil dengan 80 tempat duduk itu terbang semula pukul 7.33 malam namun hanya selamat tiba di Stavanger pukul 11.50 malam tadi (7.50 pagi Rabu waktu Malaysia) iaitu lewat tiga jam daripada sepatutnya kerana faktor cuaca buruk. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori