Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Liverpool Tawar Real RM250j...

LONDON - 'Krisis penyerang' memaksa Liverpool mencari peledak baharu dan terkini dalam senarai...

Tiga Kluster Pendidikan Baharu...

ALOR SETAR: Tiga lagi kluster pendidikan COVID-19 direkodkan di Kedah pada hari ini...

Just how to Write...

Writing a great article isn't an effortless task. If you're experiencing writing an...

Kakak Ketua Menteri Sarawak...

KUCHING : Kakak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg,...

Karnival Muzium Lukut Berlangsung Hari Ini Hingga Ahad

PORT DICKSON – Karnival Muzium Lukut yang berlangsung hari ini hingga 7 Dis, memberi peluang kepada orang ramai untuk menjejaki semula kesan peninggalan sejarah Lukut yang ketika itu merupakan daerah terpenting hasil kegiatan perlombongan bijih timah yang amat pesat sekali.

Ketua Muzium Lukut Peterson Ayugustine berkata penganjuran karnival itu merupakan kesinambungan pada siri sebelum ini, yang dianjurkan di Muzium Negara, Muzium Diraja, Muzium Sungai Lembing, Muzium Perak, Muzium Arkeologi Lembah Bujang dan terakhir di Muzium Kota Kayang, Perlis.

“Objektif utama penganjuran karnival ini adalah bagi memperkenalkan Muzium Lukut kepada masyarakat dengan lebih dekat lagi. Selain itu pelbagai program dan aktiviti disusun bagi memeriahkan penganjuran karnival ini termasuk terdapat 21 gerai pameran dan jualan,” katanya.

Karnival dibuka bermula 10 pagi hingga 10 malam manakala pada hari Sabtu dan Ahad mulai 10 pagi hingga 6 petang.


Muzium Lukut memaparkan sejarah Lukut bermula awal kurun ke-19 Masihi sehingga Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujung (Negeri Sembilan) pada 1880.

Muzium Lukut terletak berhampiran Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Jumaat Raja Jaafar pada 1847 hingga 1864. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori