Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Akta LLM Akan Dipinda...

BAGAN SERAI - Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 akan dipinda sebagai usaha...

Ahli Parlimen DAP Pertikai...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada...

Pelatih Jururawat Tidak Beretika,...

Rusia – Seorang pelatih kejururawatan berdepan hukuman dibuang dari sebuah sekolah perubatan selepas...

Perkeso Bayar RM3.8 Juta...

KUANTAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang telah membayar sejumlah RM3.8 juta untuk...

Kastam KLIA Rampas 6.84kg Dadah Bernilai 1.3 Juta

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menumpaskan percubaan menyeludup dadah jenis Methamphetamine seberat 6.84 kg bernilai hampir RM1.3 juta oleh dua ‘keldai dadah’ warga asing pada 7 Disember dan semalam.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim dalam sidang media di sini hari ini berkata, seorang wanita warga Australia dan seorang lelaki warga India yang dipercayai keldai dadah ditahan dalam kes berkenaan.

Dalam kes pertama, wanita warga Australia berusia 51 tahun itu ditahan di balai ketibaan KLIA selepas tiba dari Shanghai pada 7 Disember setelah pihak kastam mengesan imej mencurigakan dalam bagasi milik suspek.

Hasil pemeriksaan terhadap bagasi itu menemui bungkusan mengandungi dadah seberat 1.5 kg bernilai RM285,000.

Dalam kes kedua pula, lelaki warga India berumur 27 tahun yang menaiki penerbangan dari Chennai, India ditahan di balai ketibaan KLIA pada 6.30 petang semalam (14 Disember) selepas hasil imbasan pada bagasinya menemui dadah seberat 5.34 kg bernilai RM1,014,600.


“Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan seorang pelajar sudah tiga kali memasuki negara ini,” katanya.

Chik Omar berkata, kedua-dua suspek menggunakan modus operandi sama iaitu menyorokkan dadah dalam ruangan khas bagasi masing-masing.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori