PUTRAJAYA – Kaunter Jabatan Imigresen yang beroperasi pada hujung minggu akan ditutup Sabtu dan Ahad ini sempena Maulidur Rasul.
Menurut kenyataan Jabatan Imigresen hari ini, penutupan itu bagaimanapun tidak melibatkan kaunter di Pusat Transformasi Bandar (UTC). – BERNAMA