Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wee Jeck Seng Calon...

JOHOR BAHRU - Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, Datuk Seri Dr. Wee Jeck...

Pegawai Imigresen Didakwa 10...

SEREMBAN - Seorang pegawai imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa...

SPRM Sabah Tahan 8...

KOTA KINABALU - Lapan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth 1 ditahan Suruhanjaya...

Kecoh Jaket Dipakai Melania...

TULAR... Ia hanya jaket biasa namun tulisan di belakang pakaian itu menyebabkan Wanita...

Kawasan Rendah Sekitar Bandar T’ganu Tenggelam

KUALA TERENGGANU – Beberapa kawasan rendah di sekitar Bandaraya Terengganu ditenggelami air setinggi setengah meter sekitar pukul 10 malam tadi berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat.

Antara kawasan terjejas ialah Bazar Warisan, Pasar Payang, Waterfornt, Pulau Warisan, Pulau Kambing dan Batu Buruk.

Seorang peniaga di Pasar Payang, Abu Bakar Abdul Hamid, 55, berkata air mula naik pukul 9 malam dan dia sempat memindahkan barang niaganya ke tempat tinggi.

“Ini kali kedua Pasar Payang dinaiki air sejak 20 tahun saya berniaga di sini dan air naik secara mendadak,” katanya kepada Bernama.

Seorang lagi peniaga Noraini Abdullah, 52, berkata dia juga sempat menyelamatkan beberapa barang niaganya setelah menyedari air semakin melimpah naik ke jalan sekitar pasar itu.


“Sudah lama kawasan ini tidak banjir dan malam ini tidak dijangka air akan naik setinggi ini,” katanya.

Turut terjejas banjir ialah kawasan perumahan sekitar Seberang Takir dan beberapa kampung di Pulau Duyong.

Orang ramai turut memindahkan kenderaan mereka di sepanjang Jambatan Sultan Mahamud di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori