Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kedah Jamin Projek Naik...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri memberi jaminan kos untuk meneruskan pembinaan dan naik...

Guan Eng Saman Pihak...

LIM Guan Eng mempertimbangkan untuk memfailkan saman fitnah terhadap sesiapa termasuk pihak media...

“Iyalah, Saya Bukan Ada...

MESKIPUN memegang status ibu tunggal, namun ia tidak mematahkan semangat pelakon, Rita Rudaini...

Royalti Bauksit Kurang RM18...

KUANTAN - Jumlah royalti daripada perlombongan bauksit yang diterima kerajaan negeri Pahang pada...

KBS Dan FAM Nilai Status Padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pesatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meninjau dan menilai status padang di Stadium Nasional Bukit Jalil esok sama ada ia boleh digunakan sebagai gelanggang separuh akhir Piala AFF Suzuki.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata keputusan kini terletak di tangan FAM kerana padang di Stadium Shah Alam juga sudah bersedia.

“Pilihan di tangan FAM. Stadium Shah Alam pun sudah bersedia. Keputusan akan dibuat tidak lama lagi,” kata Khairy.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan watikah pelantikan anggota Parlimen Belia di ibu negara hari ini.

Dalam pada itu, Khairy turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang berjaya layak ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menewaskan Singapura di Stadium Nasional Kallang, Singapura kelmarin.


KBS dilaporkan sebelum ini membuat keputusan membaik pulih padang di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas ia digunakan pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 1 November lalu.

Pada separih akhir awal bulan ini, Malaysia akan menentang juara Kumpulan A, Vietnam manakala Thailand yang merupakan juara Piala AFF sebanyak tiga kali akan bertemu naib juara Kumpulan A, Filipina.

Perlawanan separuh akhir akan dijalankan mengikut format perlawanan timbal balik dengan separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Disember manakala separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Disember. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori