Aktivis kontroversi, Ali Abdul Jalil diketahui kini sedang berada di Kiruna, Sweden kerana melarikan diri daripada disiasat dan didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.
Ali dikenali sebagai seorang yang begitu membenci institusi beraja di Malaysia iaitu Raja-Raja Melayu dan telah melabelkan sesetengah Raja Melayu sebagai berhala.
Pada satu kemas kini laman Facebooknya semalam, Ali mengatakan bahawa sultan didakwanya disembah seperti berhala.
MENARIK – Ali Dakwa Sudah Miliki Kad Suaka Politik Sweden
“Sultan disembah macam berhala, habis kekayaan negara dirompak UMNO dan Sultan, rakyat nak makan apa?” kata Ali di laman Facebooknya dengan nada biadap.
Ekoran kenyataan-kenyataan seperti itu Ali ditahan di bawah akta berkenaan dan disiasat.
Namun dia telah bertindak melarikan diri dari Malaysia dan cuba mencari perlindungan suaka politik di Sweden.
Ali membenci sultan dan raja, bagaimanapun dia tidak tahu ke, negara yang menjadi lokasi persembunyiannya itu juga mengamalkan sistem pemerintahan beraja dengan ketuanya adalah Raja Sweden.
Raja Sweden kini ialah Carl XVI Gustaf yang ditabalkan menjadi Raja sejak 15 September 1973 bagi menggantikan datuknya yang mangkat iaitu Gustaf VI Adolf.
Di Sweden, konsepnya juga sama iaitu raja merupakan ketua bagi perlembagaan negara itu yang menjadi simbol pemerintahan demokrasi.
Sistem pemerintahan beraja di Sweden sudah pun berada dalam perlembagaan negara itu sejak abad ke-16 lagi.
Jadi, betapa dangkalnya pemikiran si Ali apabila turut memilih Sweden sebagai lokasi melarikan diri dan mencari perlindungan suaka.
Jika semasa proses temuduga permohonan suaka nanti, pihak kerajaan Sweden mengetahui bahawa Ali membenci sistem pemerintahan beraja, agak-agak adakah permohonannya akan diluluskan?
Kebodohan Ali itu dijadikan bahan di laman sosial kerana dia boleh dianggap cakap ‘tak serupa bikin’ kerana lari ke negara yang turut mempertahankan sistem beraja dalam perlembagaannya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU K